Budi Bahasa Budaya Kita

March 2nd 2010 -

BUDI BAHASA BUDAYA KITA


“Akak, kalau boleh nak minta balance syiling yer”, pintaku pada akak cashier yang bertugas di kafe XXX. “Saya nak meniaga dengan apa? Bukannya ada banyak pun. Saya punya pun takde..bla…bla…”, balasnya kasar. Tersentap jantungku. Kenapa perlu bercakap dengan cara yang begitu kurang bersopan sedangkan boleh sahaja dia memberikan jawapan seperti “…mintak maaf dik, akak nak gunakan duit syiling ni. Susah kalau tak ada”, Bukankah lebih enak didengar ?

Itu antara sebahagian pengalaman yang pernah dilalui penulis. Kejadian tersebut sedikit sebanyak merosakkan mood saya pada pagi tersebut. Manakan tidak, awal-awal pagi lagi telah dihambur dengan kata-kata kasar. Saya pujuk hati, tidak mengapa, anggaplah sahaja ia sebagai sebahagian daripada rencah kehidupan. Tidak semua manusia mampu memuaskan hati semua orang.

Islam menganjurkan umatnya untuk sentiasa berlemah-lembut, bersopan-santun dan menghormati orang lain.  Dalam pertuturan, perlu dijaga tutur kata sebaiknya agar tidak mengguris hati orang lain. Bak kata pepatah..” terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”. Lidah lebih tajam sifatnya daripada pedang kerana tusukan lidah bisa menembusi hati manusia.

Walau apa jua masalah yang melanda kita, biar siapapun di hadapan kita sama ada kecil, besar, miskin atau kaya…mereka semua adalah tetamu istimewa kita. Layanilah mereka sebaiknya.

  1. Ia memasamkan muka dan berpaling,
  2. Kerana ia didatangi orang buta.
  3. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui (tujuannya, Wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama Yang didapatinya daripadamu)!
  4. Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadaNya.
  5. Adapun orang Yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran),
  6. Maka Engkau bersungguh-sungguh melayaninya.
  7. Padahal Engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).
  8. Adapun orang Yang segera datang kepadaMu,
  9. Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah),
  10. Maka Engkau berlengah-lengah melayaninya.
  11. Janganlah melakukan lagi Yang sedemikian itu! sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).
  12. Maka sesiapa Yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
(Surah Abasa : ayat 1 – 12)

Related Articles:

Tags: , , ,

Leave a comment!

*
= 4 + 5

  • Masukkan Email

    Sila masukkan email anda di sini untuk mendapat latest post dari saya:

     

  • Recent Posts

  • Categories

  • Archives

  • Referer Stat

  • StatPress

    Visits today: 60
  • Calender

    March 2010
    M T W T F S S
        Apr »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Dari Mana Mereka


  • wowaccutane 20mg