Bicara Puitis

March 3rd 2010 -

DI KALA HATI

DI kala hati merintih
Aku pautkan jiwa pada yang ESa
DI kala hati menangis
Aku pasrahkan segalanya kepada DIA
DI kala hati bahagia
Aku panjatkan syukur padaNya
Di kala hati kecewa
Aku sandarkan setinggi harapan pada Pencipta
Di kala hati berduka
Aku memohon secebis bahagia
DI kala hati keliru
Aku minta petunjuk dariNya
Di kala hati diuji
Aku redha pada ketentuanNya
DI kala hati mendambakan kasih sayangNya
Aku bermunajat menggapai cintaNya

Sharifah Fadylawaty binti Syed Abdullah
27 Julai 2009
11.18 pagi

USAH BERBICARA

Usah berbicara tentang keikhlasan
Andai diri kerap menuntut balasan
Lakukanlah sesuatu tanpa menagih ganjaran
Biar Allah sahaja membuat penilaian.

Usah berbicara tentang persaudaraan
Andai kita menyisihkan diri dari teman-teman
Kerana tiada yang lebih membahagiakan
Selain melihat umat yang aman.

Usah berbicara tentang kejujuran
Andai dusta menjadi mainan
Betulkan lidah luruskan iman
Akhlak mahmudah jadikan amalan.

Usah berbicara tentang perjuangan
Andai Islam di hati tidak didaulatkan
Pasakkan iman janakan kekuatan
Syiar dan roh Islam kembali ditinggikan.

Sharifah Fadylawaty binti Syed Abdullah
27 Julai 2009
11.43 pagi

DUA PILIHAN

Hidayah atau kesesatan
Beriman atau kufur
Syurga atau neraka
Dunia atau akhirat
Bahagia atau berduka
Petunjuk Al-Quran atau hasutan syaitan
Cahaya atau kegelapan
Baik atau jahat
Taat atau maksiat
Redha atau berterusan kecewa
Benar atau dusta
Untung atau rugi
Pemurah atau kedekut
Ingkar atau bertaubat
Berjaya atau gagal

Semua pilihan telah tersedia
Hanya dengan kembali kepadaNya hidup akan lebih bahagia

Sharifah Fadylawaty binti S.Abdullah
27 Julai 2009
11.59 pagi

PINTU

Pintu syurga menjanjikan kenikmatan
Pintu neraka mengotakan pembalasan
Pintu hidayah menyuluh iman
Pintu iman membenteng kekufuran
Pintu taubat mensucikan noda kemaksiatan
Pintu hati mendambakan keredhaan
Pintu rezeki melimpahkan kebahagiaan
Pintu ilmu melahirkan cendekiawan
Pintu pertahanan menjamin kestabilan
Pintu keterbukaan menggalakkan kemajuan
Pintu ukhuwah menghubungkan kemesraan

Sharifah Fadylawaty binti S.Abdullah
27 Julai 2009
12.20 tengah hari

LAMBAIAN

Lambaian Kaabah menggamit hati
Membuai rindu di hati si tua
Mengharap adanya rezeki kali ini
Terpilih sebagai tetamu Yang Esa

Mengunjungi Baitullah menjadi Impian
Dambaannya sejak sekian lama
Saban malam doa dipanjatkan
Moga peluang berpihak padanya

Bukan sedikit pengorbanan dicurahkan
Bukan sedikit keringat ditumpahkan
Bukan sedikit wang dilaburkan
Semata-mata agar Rukun Islam ke-5 dapat ditunaikan

KepadaMu Allah aku bermohon
Makbulkanlah doa jua harapan
Moga tercapai apa yang diimpikan
Menyuntik bahagia di hati insan kesayangan

Sharifah Fadylawaty binti S.Abdullah
28 Julai 2009
7.59 pagi

BERSABARLAH SAYANG

Sayang..
Ibu amat menyayangimu
Tiada harta di dunia ini
Yang bisa menggantikan nilai kasih sayang ibu buatmu

Sayang..
Ibu mengerti keperitan dan kesakitanmu
Ibu memahami penderitaanmu
Bukan mudah menanggung ujian ini

Sayang..
Kesakitanmu turut ibu rasai
Tangisanmu mengusik naluri ibu
Ketabahanmu ibu kagumi

Sayang..
Andai ibu bisa
Akan ibu jadikan nyawa ibu sebagai galang ganti
Untuk menanggung penderitaanmu

Sayang..
Bersabarlah menghadapi ujian ini
Ibu sentiasa berada di sampingmu
Setia menemanimu mengharungi kesakitan ini

Sayang..
Ibu yakin dengan janji Allah
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah tersembunyi
Ibu redha dengan ketentuan-Nya

Bersabarlah sayang..mentari pasti menyinar

Sharifah Fadylawaty binti S.Abdullah
28 Julai 2009
8.11 pagi

SUATU PENGORBANAN

Bersendirian melayan perasaan
Membuatkan aku benar-benar terasa kesepian
Merindui gelak tawa dan senda gurau teman-teman
Nun jauh di sana yang terpaksa aku tinggalkan

Meskipun hati masih merasai suatu kehilangan
Namun kucuba gagahkan diri menghadapi kenyataan
Ketenangan, keselesaan dan kedamaian di sana terpaksa aku korbankan
Demi bersama keluarga seperti yang aku hasratkan

Suasana baru akan kucuba sesuaikan
Amanah dan tanggungjawab sebaiknya akan kulaksanakan
Dalam memikul sebuah taklifan
Demi Islam pasti kuperjuangkan

Sharifah Fadylawaty binti S.Abdullah
28 Julai 2009
1.23 tengah hari

KECANTIKAN SEORANG WANITA

Wanita dan kecantikan
Ibarat lagu dan irama
Ibarat isi dan kukuh
Tidak boleh dipisahkan

Nilai kecantikan seorang wanita itu
Bukanlah terletak pada bibir yang dioles lipstik yang tebal
Bukan jua pada pembayang mata yang pelbagai warna
Bukan pada pemerah pipi yang merah menyala
Dan bukanlah jua pada pakaian berjenama yang mahal

Namun…
Nilai kecantikan seorang wanita itu
Terletak pada seulas bibir yang sentiasa basah dengan zikrullah
Bibir yang sentiasa menyebut ucapan-ucapan yang baik
Terletak pada mata yang sentiasa mengalir air matanya
Tatkala mengenangkan  segala dosa dan noda
Yang sentiasa m,enangis kerana takut dan mengharap pada Allah

Nilai kecantikan seorang wanita itu
Terletak pada wajah yang sentiasa dibasahi dengan wudhuk
Jua pada akhlak mahmudah
Yang disarungkan sebagai pakaian iman

Dunia adalah perhiasan
Dan sebaik-baik perhiasan adalah WANITA SOLEHAH

Sharifah Fadylawaty binti S.Abdullah
28 Julai 2009
3.55 petang

KEBAHAGIAAN

Apakah erti bahagia??

Bahagiakah kita andai memiliki harta kekayaan melimpah ruah?
Bahagiakah kita andai memiliki kuasa yang yang kebal?
Bahagiakah kita andai memiliki isteri yang jelita?
Bahagiakah kita andai memiliki anak-anak yang bijak?
Bahagiakah kita andai memiliki bergulung ijazah?

Deritakah kita andai dihimpit kemiskinan?
Deritakah kita andai hanya menjadi orang biasa?
Deritakah kita andai memiliki isteri yang tidak rupawan?
Deritakah kita andai memiliki anak-anak yang cacat?
Deritakah kita andai tiada kelulusan?

Bahagia itu maknawi
Ketenangan hati jualah kebahagiaan hakiki
Redha Allah menjadi matlamat yang dihajati
Moga hidup sentiasa diberkati

Sharifah Fadylawaty binti S.Abdullah
29 Julai 2009
8.04 pagi

USAH DITANGISI

Semua insan mengimpikan kebahagiaan
Mendambakan keutuhan mahligai impian
Yang dibina bersama sejak  sekian lama
Berpaksikan cinta bersulamkan kasih sayang

Namun..
Siapakah kita untuk menolak takdirNya?
Andai impian lebur di pertengahan jalan
Andai cinta suci terurai simpulannya

Sekuat mana pun cinta disandarkan pada yang tersayang
Andai tiada izinNya, ia tetap terlerai
Segala yang terjadi adalah ketentuanNya
Untuk menguji kekuatan dan iman di hati

Usah ditangisi perpisahan yang terjadi
Mungkin ini jalan terbaik untuk dihadapi
Anggaplah ini ujian dari Illahi
Yang bakal digantikan dengan sesuatu yang lebih baik lagi

Sharifah Fadylawaty binti Syed Abdullah
17 Ogos 2009
2.30 petang

MUNAJAT HAMBA

Aku tidak mengerti
Mengapa jiwa ini cukup resah
Gelisah pada sesuatu yang aku sendiri tidak pasti
Apakah erti semua ini?

Ya Allah..
Berilah aku ketenangan di hati
Permudahkanlah segala urusan yang bakal aku lalui
Hindarkanlah aku dari musibah yang bakal menimpa diri

Engkau jua yang Maha Berkuasa
Mencampakkan ketenangan dan sakinah di hati
Moga apa yang aku tempuhi
Sentiasa mendapat berkat dan redhaMu Ya Illahi

Jangan Engkau sisihkan aku
Kurniakan daku rahmat dan kasih sayangMU
Golongkan aku sebagai kekasihmu
Limpahkan nurMu sebagai penyuluh hidupku

Sharifah Fadylawaty binti Syed Abdullah
17 Ogos 2009
2.46 petang

Related Articles:

One Response a “Bicara Puitis”


  1. Bb Hussain Says:

    Salam,

    Saya suka membaca di kala hati dan munajat hamba. Boleh tak saya letakkannya di blog saya. Nama ustazah akan saya sertakan sekali,

Leave a comment!

*
= 4 + 6

  • Masukkan Email

    Sila masukkan email anda di sini untuk mendapat latest post dari saya:

     

  • Recent Posts

  • Categories

  • Archives

  • Referer Stat

  • StatPress

    Visits today: 35
  • Calender

    March 2010
    M T W T F S S
        Apr »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Dari Mana Mereka


  • accutane 20mg