Iman VS Kufur

March 7th 2010 -

IMAN vs KUFUR

Manusia diciptakan oleh Allah SWT dengan segala keistimewaan. Perkara paling berharga, kita dianugerahkan akal fikiran untuk menilai antara kebaikan dan kejahatan.. Keupayaan akal yang dimiliki sewajarnya menjadi sebab untuk kita terus beriman dan bersyukur atas nikmat iman dan Islam yang telah Allah kurniakan kepada kita.

Secara fitrahnya, semua dari kita mengakui keimanan kepada Allah dan telah kita lafazkan di alam rahim dulu. Namun, mengapa sesudah Allah berikan kita peluang untuk mengecap sedikit kehidupan di alam dunia, kita semakin jauh.kian jauh dan akhirnya  terus melupakan terus Allah ?

Apakah kerana kita masih lagi tidak yakin dengan kekuasan dan kehebatan Allah? Tidak cukupkah kita perhatikan betapa uniknya penciptaan diri kita sendiri ? Meskipun Allah telah ciptakan berbillion-billion umat sejak dari zaman Nabi Adam a.s sehingga ke hari ini, namun Allah begitu hebat kerana tidak ada satu pun cap jari manusia yang sama. Tidakkah terasa kerdilnya diri melihat kehebatan Allah dalam mengawal dan mangatur urus perjalanan hidup makhluknya yang berjalan dengan begitu lancar , sesuai dengan sunnahNya? Betapa berkuasanya ALLAH kerana telah memberikan ilham kepada makhluk lebah untuk menciptakan sarang berbentuk heksagon yang sama sudutnya meskipun ia adalah hasil daripada berpuluh-puluh ribu ekor lebah?

Dalil-dalil dan bukti-bukti yang datang kepada kita sama ada penciptaan manusia, kejadian alam, bencana alam dan sebagainya sepatutnya sudah cukup kuat untuk menetapkan keimanan  kita kepada Allah SWT.

Andai kita beriman kepadaNya, faedah atau kebaikan adalah untuk diri kita sendiri dan begitulah sebaliknya. Keimanan mahupun kekufuran kita sedikit pun tidak memberikan impak kepada Nya. Allah tidak memerlukan kita, sebaliknya kita sebagai makhluk amat perlu bergantung kepadaNya. Kekufuran kita juga tidak sesekali mengurangkan kekuasaan Allah, namun natijah atau bahayanya akan menimpa diri kita sendiri akhirnya.

Sehubungan dengan itu setiap manusia bertanggungjawab memilih antara iman dan kufur. Allah telah memberikan kepada kita dua alternatif di samping membekalkan akal untuk kita membuat neraca timbangan dalam memilih antara keduanya. Perbandingan antara iman dan kufur adalah sama dengan keadaannya dengan orang celik dan orang buta, gelap dan cahaya serta suasana teduh dan panas. Terpulang kepada pertimbangan dan kewarasan diri sama ada memilih iman atau kufur..jalan yang lurus atau bersimpang-siur.

Apakah kita merasakan sama keadaannya antara orang beriman dan orang yang kufur ? Tentu sekali berbeza. Garis pemisah cukup jelas antara keduanya. Orang yang kufur dan degil dari menerima hidayah Allah akan terus dibiarkan dalam kesesatan. Sedangkan orang beriman akan sentiasa Allah tunjukkan padanya keelokan dan didorong hatinya untuk terus melakukan kebaikan.

Iman tidak akan hidup dalam hati manusia melainkan ia perlu diusaha dan dibaja selalu. Hati yang dihidupkan dengan iman adalah hati yang sentiasa berusaha melakukan segala perintah dan anjuran agama dan sedaya mungkin berusaha menjauhi maksiat dan apa sahaja  perkara yang dilarang.

Yakinlah, tidak akan ada kebahagiaan yang hakiki buat mereka yang membelakangkan Allah. Mungkin bahagia pada zahirnya, namun jiwa sentiasa keluh-kesah, hati tidak tenang; diri terasa keseorangan dan terumbang-ambing meskipun dikelilingi ramai orang kerana hatinya tidak berpaut pada dahan yang  kukuh, yakni ALLAH.

Related Articles:

Tags: ,

Leave a comment!

*
= 4 + 9

  • Masukkan Email

    Sila masukkan email anda di sini untuk mendapat latest post dari saya:

     

  • Recent Posts

  • Categories

  • Archives

  • Referer Stat

  • StatPress

    Visits today: 60
  • Calender

    March 2010
    M T W T F S S
        Apr »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Dari Mana Mereka


  • accutane 20mg