Hayya Alal Falah

March 8th 2010 -

HAYYA A’LAL FALAH (MARILAH MENUJU KEJAYAAN)
“Penatnyer..malam tadi berjaga sepanjang malam..risau coz hari ni exam for killer subject”…”Mak…tolong doakan along yer..besok along ada paper statistic..”….”Aahhh…otak aku dah full ni…gasakler nak jadi aper..aper susah,kalau fail..repeat blk semester depan”…
Itu antara suara-suara yang kerap didengari menjelang musim peperiksaan. Pada musim ini, masa 24 jam dirasakan terlalu singkat.Kalau boleh, ingin saja agar Allah jadikan masa 48 jam sehari.Terlalu pantas dan tidak sempat menghabiskan ulangkaji. Itulah antara risiko yang terpaksa dihadapi bagi yang belajar di saat akhir. Bagi yang telah bersedia sedari awal lagi,musim peperiksaan tidak dirasakan sebagai satu bebanan sebaliknya satu platform yang tidak sabar untuk dinantikan.Mahu menguji keupayaan sendiri sama ada cemerlang atau tersungkur. Namun, tidak kurangnya juga bagi yang terlalu mudah mengaku kalah sebelum berjuang.Terus berputus harap tanpa berusaha terlebih dahulu.Masing-masing idamkan kejayaan, namun dalam masa yang sama, usah abaikan beberapa perkara:


1.    Berjaya dengan rahmat-Nya
Sebagai manusia dan pastinya seorang hamba, usah kita bangga bahawa usaha kita adalah penentu segalanya.Sebolehnya..biarlah kejayaan yang bakal kita raih nanti beroleh rahmat Illahi.Ikuti aturan Allah, nescaya kita mampu beroleh rahmat-Nya.Tiada kudrat dan daya kita untuk memastikan 100% kejayaan pasti di genggaman kerana hanya DIA berkuasa menentukannya.Andai gagal setelah berusaha, redha dan terimalah ia sebagai ujian yang hadir bersama hikmatnya tersendiri. Sewaktu di alam kampus dulu, terkadang terbit juga persoalan dari sahabat-sahabat meminta penjelasan..”Mengapa mereka yang tidak solat..dedah aurat dan buat maksiat lebih berjaya dari kita walhal kita sentiasa memelihara syariat?” Terkesima seketika mendengar persoalan sebegitu.Bagi penulis, analogi mudah untuk senario tersebut cukup mudah.Cuba bayangkan,apa perasaan kita andai sahabat memberikan sesuatu barang untuk dipinjam kepada kita dengan muka yang bengis dan tanpa senyuman,malah lebih teruk lagi dia membalingkan saja barang itu ke arah kita? Pasti cuak dan serba salah kita dibuatnya.Jadi itulah persamaannya dengan senario di atas. Allah turut berikan kejayaan,ketinggian dan kemasyhuran pada yang engkar pada-Nya namun dalam keadaan tidak redha di mana kita sebut sebagai istidraj (nikmat untuk menambahkan lagi kekufuran manusia).Mahukah kita??
2.    Jauhi maksiat
Ilmu adalah cahaya dan ia tidak dapat menembusi jiwa yang kotor.Perkara yang seringkali dipandang ringan oleh pelajar di mana sebahagian pelajar melakukan pelbagai perkara untuk melepaskan ketegangan dalam proses belajar dan menuntut ilmu. Ada yang beranggapan bahawa dengan mendengar walk-man atau membaca majalah-majalah hiburan mampu mengurangkan bebanan fikiran setelah seharian mengadap nota-nota kuliah.Tanpa disedari ilmu yang sudah meresap kian terhakis sebaik sahaja mereka mendengar lagu-lagu yang melekakan dan mengkhayalkan, tatkala melihat foto-foto yang menghairahkan yang mungkin merangsang nafsu.Lebih teruk daripada itu jika ada yang mengambil kesempatan untuk mengulangkaji peperiksaan bersama pasangan kekasih masing-masing. Bila berdua-duaan, pasti akan hadir yang ketiga. Dikhuatiri berlaku adegan-adegan yang tidak sepatutnya sepanjang tempoh ulangkaji tersebut sedangkan sepatutnya mereka membaca buku tetapi terjadi sebaliknya pula.
3.    Ikhlaskan niat kerana Allah
Bila belajar, jangan hanya niatkan untuk lulus peperiksaan semata-mata.Kalau boleh, sematkan dalam diri bahawa tujuan kita belajar ini adalah untuk memperoleh pengetahuan yang mendalam dan menggali khazanah Islam.Ilmu yang diperoleh bakal dijadikan pemangkin untuk lebih mendekatkan diri pada-Nya dan seterusnya bercita-cita untuk menjadi salah seorang ilmuwan Islam yang bakal meninggikan lagi syariat Islam.
Selain dari perkara-perkara di atas, ingin rasanya penulis kongsikan sedikit pengalaman dan tips yang mungkin boleh dimanfaatkan untuk pelajar dalam menghadapi peperiksaan.Perkara penting, sebolehnya jangan terlalu berkira untuk menelefon ibu dan ayah di kampung.

Paling kurang, korbankanlah masa 2 minit sehari untuk berbicara dengan mereka.Mohon ibu doakan kejayaan kita dalam peperiksaan.Insya Allah,doa ibu pasti berkat.Lakukan juga latih tubi soalan-soalan peperiksaan lepas.Paling kurang, biasakan dengan soalan 5 tahun kebelakangan.Berdasarkan pengalaman sebagai pelajar dan tutor, paling kurang 50% pasti keluar soalan sama namun mungkin dalam format berbeza.Di samping itu, apa yang penulis sering amalkan juga menjelang peperiksaan adalah tidak lupa untuk solat hajat pada malam sebelum peperiksaan. Lakukan solat hajat tanpa gagal.Lebih elok andai ia dilakukan antara jam 3-5 pagi.Pada saat tersebut doa akan dimakbulkan Allah. Soal pemakanan juga perlu dititikberatkan.Elakkan makan makanan segera terutamanya maggi dan asam.Ia melemahkan daya ingatan.Lebihkan makanan berkhasiat.Buat ulangkaji kendiri dan latih tubi dahulu sebelum menyertai perbincangan dalam kumpulan. Ini penting untuk elakkan kecelaruan dan rasa gemuruh kerana mungkin terdapat perbezaan pendapat dalam kumpulan yang akan menambahkan lagi kerisauan.

Related Articles:

Tags:

One Response a “Hayya Alal Falah”


  1. NAFISAH Says:

    assalamualaikum…minta izin copy artikel ini utk dimuatkn dlm risalah tuk bacaan student2 d univ kami..( alex u, egypt)..moga bermanfaat..syukran

Leave a comment!

*
= 5 + 7

  • Masukkan Email

    Sila masukkan email anda di sini untuk mendapat latest post dari saya:

     

  • Recent Posts

  • Categories

  • Archives

  • Referer Stat

  • StatPress

    Visits today: 35
  • Calender

    March 2010
    M T W T F S S
        Apr »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Dari Mana Mereka


  • accutane 20mg