Ciri Ibad Ar-Rahman

March 27th 2010 -

Antara cirinya ialah merayu-rayu kepada Allah SWT di dalam doa. Sepertimana firman Allah SWT di dalam Surah Al-Furqan ayat ke-74 yang bermaksud:

Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa”.

I’bad Ar-Rahman gelaran yang cukup agung di sisi Allah SWT, mereka ini tidak terhenti semata-mata cukup dengan apa yang mereka lakukan dan perolehi sahaja malah visi mereka di dalam arena dakwah Islam ini teramat jauh, bagi mereka keikhlasan dan kebahagiaan ini bukan semata-mata untuk mereka bahkan mereka turut berkehendakkan perubahan jiwa di dalam institusi (madrasah) tazkiyah an-nafs ini berlaku kepada orang-orang yang berada disekeliling kehidupan mereka, perkara pokok yang perlu diberi penekanan untuk perubahan demi mencari ketenangan di dunia dan akhirat ini ialah isteri dan anak-anak serta zuriat mereka yang tidak takut dengan sebarang celaan atau kutukan demi memartabatkan syariat Allah SWT di atas muka bumi ini.

Di atas dasar inilah golongan I’bad Ar-Rahman teramat berhati-hati dalam soal pembentukan keluarga dan soal bimbingan hidayah terhadap isteri dan zuriat-zuriat mereka sehingga ni’mat penenang hati dan jiwa ini dapat dikecapi oleh hamba-hamba Ar-Rahman di dunia yang hanya sementara ini apatah lagi kehidupan di akhirat yang kekal abadi.

I’bad Ar-Rahman inginkan keluarga mereka menganut agama Islam sebagai seorang Islam yang benar-benar Islam dari sudut aqidah, keimanan mereka adalah keimanan orang-orang yang benar-benar beriman kepada Ar-Rahman, keikhlasan mereka adalah keikhlasan orang-orang yang benar-benar ikhlas terhadap segala tindak tanduk dan amal kebajikannya. I’bad Ar-Rahman adalah satu-satunya golongan hamba Ar-Rahman yang inginkan gelombang perubahan dari dalam iaitu memantapkan institusi kekeluargaan dengan cara yang ditunjukkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW, apabila keluarga yang solehah ini telah dibentuk dan institusi ini pula menjadi kukuh dengan berbentengkan aqidah Islamiyah yang mantap lagi manpan maka barulah visi yang keseterusnya iaitu menjadikan diri mereka sebagai pemimpin (imam) di dalam urusan kebaikan dan perubahan dapat dilaksanakan dengan lebih efisen dan dinamik.

Kemudian di babak akhir Surah Al-Furqan ini Allah SWT menyebut tentang balasan serta ganjaran yang Allah kurniakan kepada golongan I’bad Ar-Rahman Al-Mu’minin dalam mengharungi perit jerih kehidupan duniawi yang penuh dengan mehnah dan tribulasi yang seringkali bak ombak petir yang datang menguji keimanan dan ketaqwaan seseorang hambaNya yang bergelar I’bad Ar-Rahman.

(http://www.esyariah.gov.my)

Related Articles:

Tags:

Leave a comment!

*
= 3 + 4

  • Masukkan Email

    Sila masukkan email anda di sini untuk mendapat latest post dari saya:

     

  • Recent Posts

  • Categories

  • Archives

  • Referer Stat

  • StatPress

    Visits today: 35
  • Calender

    March 2010
    M T W T F S S
        Apr »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Dari Mana Mereka


  • accutane 20mg