KHINZIR = BABI

April 1st 2010 -

Terlebih dahulu, mohon maaf andai tajuk yang diutarakan pada kali kelihatan sedikit tidak sopan.Dalam kesempatan yang ada, penulis terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca mengenai khinzir atau turut dikenali sebagai babi ini.

Islam telah mengharamkan khinzir semenjak 1400 tahun yang lampau dan ini disebut secara jelas oleh Al-Quran di dalam Surah Al-Baqarah ayat 173, yang bermaksud :” Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah dan daging babi.” Berdasarkan ayat ini, umat Islam diharamkan memakan daging dan segala produk-produknya secara mutlak kecuali dalam keadaan darurat.

Khinzir merupakan pembawa virus yang berbahaya dan pernah dilaporkan pada tahun 1918 di mana jangkitan kuman virus influenza telah membunuh lebih kurang 20 juta manusia. Dr.Danial Zainal Abidin menulis di dalam bukunya Al-Quran Saintifik, telah menyebut bahawa daripada kajian yang dibuat telah membuktikan bahawa khinzir berupaya mengubah kuman-kuman virus yang menyerangnya menjadi lebih berbahaya dari masa ke semasa. Selain itu, virus daripada keluarga HIV juga dilaporkan wujud dalam khinzir, dibawa oleh DNAnya dan ia tidak dapat dipisahkan.

Kemampuan khinzir menerima pelbagai jenis virus dan mengubahnya kepada bentuk baru yang lebih berbahaya memang membimbangkan ramai pakar. Lahir pandangan daripada pakar mengatakan bahawa khinzir  adalah takungan kepada virus daripada manusia dan burung.

Secara umumnya, sejak tahun 1997, ahli-ahli sains menemui beberapa kuman virus berbahaya keluaran babi yang boleh menjangkiti manusia. Kuman-kuman ini belum pernah ditemui sebelum ini, antaranya adalah Porcine Torovirus, Porcine Rotavirus (Variant 4F), PRRS (Porcine Reproductive and Respiratory Syndrome Virus) dan H3N2 Swine Flu Virus.

Dari aspek kesihatan, penyakit ini mengingatkan kita agar menekankan aspek kebersihan dan penjagaan kesihatan. Segala kekotoran dan dan apa-apa jua yang mendatangkan mudarat kepada tubuh badan perlu dihindari. Mungkin ini boleh menjadi satu titik permulaan buat golongan non muslim untuk meninggalkan amalan pemakanan daging khinzir ini.

Islam mendidik umatnya supaya sentiasa mengamalkan sikap waspada dan berjaga-jaga serta menggunakan pendekatan pencegahan sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah dalam menghadapi ancaman taun di mana baginda meminta supaya kawalan keluar masuk diperketatkan untuk mengelakkan penularan dan penyebaran wabak tersebut.Terbukti sekali bahawa ajaran Islam adalah bersifat universal atau global kepada semua sama ada muslim mahupun non muslim.

Berbalik kepada apa yang sedang melanda masyarakat global iaitu serangan virus Influenza A H1N1, adalah penting juga untuk kita melihat masalah yang melanda ini dari kaca mata agama. Serangan wabak ini jelas membuktikan kepada kita bahawa setiap sesuatu yang dilarang dalam Islam pasti mengandungi hikmah atau kebaikan yang tersirat di sebaliknya. Allah selaku Al-Khali    q atau Pencipta lebih mengetahui segala-galanya. Setiap aturanNya pasti mengandungi maslahah / kebaikan untuk manusia. DIA tidak akan sesekali menyusahkan mahupun memudaratkan makhlukNya. Sebagai hambaNya, adalah wajar untuk kita menerima dan mentaati segala ketetapan dan hukumnya tanpa terlalu mempersoalkan mengapa  dan mengapa..kerana sudah pasti apa yang DIA hukumkan adalah yang terbaik untuk kita selaku hambaNya.

Tidak lupa juga untuk kita bersama-sama merenungkan firman Allah yang menyebut “Apa jua yang menimpa kamu daripada kesusahan (bencana) maka disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu (Surah As-Syura : Ayat 30). Mungkin jua selama ini, telah banyak kemaksiatan dan penderhakaan yang telah kita lakukan kepadaNya dan Allah menguji kita dengan ujian dan musibah ini sebagai satu peringatan dan kaffarah atas dosa-dosa yang telah kita lakukan. Sebagai hamba, hanya kepada Allah jua kita memohon agar dijauhkan daripada musibah dan bencana ini daripada menimpa diri kita, keluarga, sanak-saudara, jiran tetangga, sahabat handai dan umat Islam keseluruhannya.

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay

Leave a comment!

CommentLuv Enabled
  • Masukkan Email

    Sila masukkan email anda di sini untuk mendapat latest post dari saya:

     

  • Jom Bincang

  • Recent Posts

  • Archives

  • Pages

  • StatPress

    Visits today: 5
  • Categories

  • Calender

    April 2010
    M T W T F S S
    « Mar   May »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930  
  • Referer Stat

  • Dari Mana Mereka


  • 6 visitors online now
    6 guests, 0 members
    Max visitors today: 6 at 04:33 am UTC
    This month: 7 at 09-03-2010 04:34 am UTC
    This year: 17 at 07-13-2010 08:07 pm UTC
    All time: 17 at 07-13-2010 08:07 pm UTC