Tazkirah » Puitis

HATI YANG KOTOR
SIFAT HATI YANG KOTOR DAN MATI

Tahu hak Allah tetapi tidak menunaikannya.

Tahu bahawa Rasulullah SAW adalah qudwah hasanah namun mengabaikan sunnah baginda.

Tahu bahawa Al-Quran itu panduan umat Islam namun tidak pernah beramal dengan hukum yang terkandung di dalamnya.

Tahu bahawa syurga itu penuh dengan kenikmatan dan disediakan untuk orang beriman, namun tidak pernah beramal untuk mendapatkannya.

Tahu bahawa neraka itu penuh dengan azab seksa yang disediakan untuk mereka yang engkar, namun tidak pernah berusaha menjauhinya.

Tahu bahawa kematian itu pasti, namun tidak memperlengkapkan diri dengan amal soleh bagi menghadapi kematian.

PUNCA HATI KOTOR

Cintakan dunia (hubbud dunya)

Kurang zikir

Banyak makan

KESAN HATI YANG KOTOR

Tidak rasa keagungan Allah -Hati yang kotor tidak merasa keagungan Allah. Hati yang penuh dengan maksiat, penderhakaan dan sifat-sifat keji terhijab dari mengagumi keajaiban ciptaan Allah yang menciptakan alam ini dan seluruh isinya.

Cenderung melakukan maksiat dan penderhakaan - Hati yang kotor terdorong untuk melakukan maksiat dan penderhakaan terhadap Allah. Setiap kali maksiat dilakukan, maka satu titik hitam akan terpalit di hati pelakunya. Jika tidak disusuli dengan taubat dan istighfar, maka titik itu akan kekal dan berkarat di hati manusia sehingga pelakunya terbiasa dengan dosa. Dosa dirasakan benda biasa, malah pelakunya semakin seronok melakukannya. Kebiasaannya, dosa akan terus mendorong pelakunya menambahkan lagi kejahatan dan begitulah sebaliknya dengan pahala yang akan mencetuskan lagi kebaikan terhadap pelakunya.

Zalim - Definisi zalim dalam konteks Islam adalah berbeza dengan apa yang difahami dalam konteks budaya Melayu. Zalim menurut istilah syarak adalaah tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ini bermakna, seseorang yang membiarkan hatinya kotor dan keras adalah zalim kerana tidak berusaha menjinakkan hatinya supaya mendekati ajaran agama yang bakal memberikan kebahagian hidup di dunia dan menyelamatkan pemiliknya daripada azab neraka di akhirat kelak.

Tersisih dari ketaatan -Bagi sesetengah ulama, kegagalan untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT menjadi satu musibah besar dalam diri mereka. Mereka amat berdukacita sekiranya hati semakin lalai dan liat mengerjakan perintahNya. Lantas bagaimana dengan diri kita? Apakah timbul rasa keinsafan dan menyesal sekiranya terlepas daripada menunaikan solat secara berjemaah? Atau tidakkah timbul kehairanan di dalam diri mengapa hati terlalu berat untuk menghulurkan sedekah walaupun sekadar RM 1 sahaja? Jika hati terlalu berkira dan malas untuk berbuat kebaikan, sewajarnya untuk kita merasa sedih kerana hati kian tersisih dari ketaatan terhadap Yang Esa.

HATI YANG BERSIH
SIFAT HATI YANG BERSIH

Sensitif dengan Tuhan – tidak mensyirikkan Allah dan benci kepada sesuatu yang dibenci Allah.

Jika dikurniakan kesenangan, sentiasa bersyukur atas pemberianNya.

Merasa resah dengan dosa dan noda yang dilakukan.

Sentiasa merasa diri diawasi Pencipta.

Bila ditimpa ujian dan musibah, redha dengan takdirNya.

Merendah diri dan merasa hina di hadapan Allah.

Bersyukur dan berterima kasih atas nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya.

KEPENTINGAN PEMBERSIHAN HATI

Melaksanakan tuntutan Allah

Selari dengan tugas para Nabi

Syarat mendapat kedudukan yang tinggi

Amalan Rasulullah SAW

	Tingkatkan solat dan doa

	Banyakkan berselawat

	Melakukan solat sunat taubat

	Melazimi membaca Al-Quran

	Bermaaf-maafan

	Sentiasa berfikiran positif

	Muhasabah diri

	Berpuasa

	Mengingati mati

	Melaksanakan tuntutan Allah

	Selari dengan tugas para Nabi

	Syarat mendapat kedudukan yang tinggi

	Amalan Rasulullah SAW

SEKADAR RENUNGAN

MATA HATI (HIJJAZ)

Pandangan mata selalu menipu

Pandangan akal selalu tersalah

Pandangan nafsu selalu melulu

Pandangan hati itu yang hakiki

Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih

Pandangannya kan menembusi hijab

Hati jika sudah bersih

Firasatnya tepat kehendak Allah

Tapi hati bila dikotori

Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah

Jasad lahir tumpuan manusia

Utamakanlah pandangan Allah

Daripada pandangan manusia

AKHLAK MAHMUDAH (HASIL HATI YANG BERSIH)

•	Khauf (takutkan Allah)

•	Redha (menerima hukum Allah dan ketentuan Allah)

•	Ikhlas

•	Taubat

•	Zuhud

•	Sabar

•	Syukur

•	Tawakkal

•	Mahabbah

•	Zikrulmaut

Bicara Puitis
DI KALA HATI

DI kala hati merintih

Aku pautkan jiwa pada yang ESa

DI kala hati menangis

Aku pasrahkan segalanya kepada DIA

DI kala hati bahagia

Aku panjatkan syukur padaNya

Di kala hati kecewa

Aku sandarkan setinggi harapan pada Pencipta

Di kala hati berduka

Aku memohon secebis bahagia

DI kala hati keliru

Aku minta petunjuk dariNya

Di kala hati diuji

Aku redha pada ketentuanNya

DI kala hati mendambakan kasih sayangNya

Aku bermunajat menggapai cintaNya

Sharifah Fadylawaty binti Syed Abdullah

27 Julai 2009

11.18 pagi

USAH BERBICARA

Usah berbicara tentang keikhlasan

Andai diri kerap menuntut balasan

Lakukanlah sesuatu tanpa menagih ganjaran

Biar Allah sahaja membuat penilaian.

Usah berbicara tentang persaudaraan

Andai kita menyisihkan diri dari teman-teman

Kerana tiada yang lebih membahagiakan

Selain melihat umat yang aman.

Usah berbicara tentang kejujuran

Andai dusta menjadi mainan

Betulkan lidah luruskan iman

Akhlak mahmudah jadikan amalan.

Usah berbicara tentang perjuangan

Andai Islam di hati tidak didaulatkan

Pasakkan iman janakan kekuatan

Syiar dan roh Islam kembali ditinggikan.

Sharifah Fadylawaty binti Syed Abdullah

27 Julai 2009

11.43 pagi

DUA PILIHAN

Hidayah atau kesesatan

Beriman atau kufur

Syurga atau neraka

Dunia atau akhirat

Bahagia atau berduka

Petunjuk Al-Quran atau hasutan syaitan

Cahaya atau kegelapan

Baik atau jahat

Taat atau maksiat

Redha atau berterusan kecewa

Benar atau dusta

Untung atau rugi

Pemurah atau kedekut

Ingkar atau bertaubat

Berjaya atau gagal

Semua pilihan telah tersedia

Hanya dengan kembali kepadaNya hidup akan lebih bahagia

Sharifah Fadylawaty binti S.Abdullah

27 Julai 2009

11.59 pagi

PINTU

Pintu syurga menjanjikan kenikmatan

Pintu neraka mengotakan pembalasan

Pintu hidayah menyuluh iman

Pintu iman membenteng kekufuran

Pintu taubat mensucikan noda kemaksiatan

Pintu hati mendambakan keredhaan

Pintu rezeki melimpahkan kebahagiaan

Pintu ilmu melahirkan cendekiawan

Pintu pertahanan menjamin kestabilan

Pintu keterbukaan menggalakkan kemajuan

Pintu ukhuwah menghubungkan kemesraan

Sharifah Fadylawaty binti S.Abdullah

27 Julai 2009

12.20 tengah hari

LAMBAIAN

Lambaian Kaabah menggamit hati

Membuai rindu di hati si tua

Mengharap adanya rezeki kali ini

Terpilih sebagai tetamu Yang Esa

Mengunjungi Baitullah menjadi Impian

Dambaannya sejak sekian lama

Saban malam doa dipanjatkan

Moga peluang berpihak padanya

Bukan sedikit pengorbanan dicurahkan

Bukan sedikit keringat ditumpahkan

Bukan sedikit wang dilaburkan

Semata-mata agar Rukun Islam ke-5 dapat ditunaikan

KepadaMu Allah aku bermohon

Makbulkanlah doa jua harapan

Moga tercapai apa yang diimpikan

Menyuntik bahagia di hati insan kesayangan

Sharifah Fadylawaty binti S.Abdullah

28 Julai 2009

7.59 pagi

BERSABARLAH SAYANG

Sayang..

Ibu amat menyayangimu

Tiada harta di dunia ini

Yang bisa menggantikan nilai kasih sayang ibu buatmu

Sayang..

Ibu mengerti keperitan dan kesakitanmu

Ibu memahami penderitaanmu

Bukan mudah menanggung ujian ini

Sayang..

Kesakitanmu turut ibu rasai

Tangisanmu mengusik naluri ibu

Ketabahanmu ibu kagumi

Sayang..

Andai ibu bisa

Akan ibu jadikan nyawa ibu sebagai galang ganti

Untuk menanggung penderitaanmu

Sayang..

Bersabarlah menghadapi ujian ini

Ibu sentiasa berada di sampingmu

Setia menemanimu mengharungi kesakitan ini

Sayang..

Ibu yakin dengan janji Allah

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah tersembunyi

Ibu redha dengan ketentuan-Nya

Bersabarlah sayang..mentari pasti menyinar

Sharifah Fadylawaty binti S.Abdullah

28 Julai 2009

8.11 pagi

SUATU PENGORBANAN

Bersendirian melayan perasaan

Membuatkan aku benar-benar terasa kesepian

Merindui gelak tawa dan senda gurau teman-teman

Nun jauh di sana yang terpaksa aku tinggalkan

Meskipun hati masih merasai suatu kehilangan

Namun kucuba gagahkan diri menghadapi kenyataan

Ketenangan, keselesaan dan kedamaian di sana terpaksa aku korbankan

Demi bersama keluarga seperti yang aku hasratkan

Suasana baru akan kucuba sesuaikan

Amanah dan tanggungjawab sebaiknya akan kulaksanakan

Dalam memikul sebuah taklifan

Demi Islam pasti kuperjuangkan

Sharifah Fadylawaty binti S.Abdullah

28 Julai 2009

1.23 tengah hari

KECANTIKAN SEORANG WANITA

Wanita dan kecantikan

Ibarat lagu dan irama

Ibarat isi dan kukuh

Tidak boleh dipisahkan

Nilai kecantikan seorang wanita itu

Bukanlah terletak pada bibir yang dioles lipstik yang tebal

Bukan jua pada pembayang mata yang pelbagai warna

Bukan pada pemerah pipi yang merah menyala

Dan bukanlah jua pada pakaian berjenama yang mahal

Namun…

Nilai kecantikan seorang wanita itu

Terletak pada seulas bibir yang sentiasa basah dengan zikrullah

Bibir yang sentiasa menyebut ucapan-ucapan yang baik

Terletak pada mata yang sentiasa mengalir air matanya

Tatkala mengenangkan  segala dosa dan noda

Yang sentiasa m,enangis kerana takut dan mengharap pada Allah

Nilai kecantikan seorang wanita itu

Terletak pada wajah yang sentiasa dibasahi dengan wudhuk

Jua pada akhlak mahmudah

Yang disarungkan sebagai pakaian iman

Dunia adalah perhiasan

Dan sebaik-baik perhiasan adalah WANITA SOLEHAH

Sharifah Fadylawaty binti S.Abdullah

28 Julai 2009

3.55 petang

KEBAHAGIAAN

Apakah erti bahagia??

Bahagiakah kita andai memiliki harta kekayaan melimpah ruah?

Bahagiakah kita andai memiliki kuasa yang yang kebal?

Bahagiakah kita andai memiliki isteri yang jelita?

Bahagiakah kita andai memiliki anak-anak yang bijak?

Bahagiakah kita andai memiliki bergulung ijazah?

Deritakah kita andai dihimpit kemiskinan?

Deritakah kita andai hanya menjadi orang biasa?

Deritakah kita andai memiliki isteri yang tidak rupawan?

Deritakah kita andai memiliki anak-anak yang cacat?

Deritakah kita andai tiada kelulusan?

Bahagia itu maknawi

Ketenangan hati jualah kebahagiaan hakiki

Redha Allah menjadi matlamat yang dihajati

Moga hidup sentiasa diberkati

Sharifah Fadylawaty binti S.Abdullah

29 Julai 2009

8.04 pagi

USAH DITANGISI

Semua insan mengimpikan kebahagiaan

Mendambakan keutuhan mahligai impian

Yang dibina bersama sejak  sekian lama

Berpaksikan cinta bersulamkan kasih sayang

Namun..

Siapakah kita untuk menolak takdirNya?

Andai impian lebur di pertengahan jalan

Andai cinta suci terurai simpulannya

Sekuat mana pun cinta disandarkan pada yang tersayang

Andai tiada izinNya, ia tetap terlerai

Segala yang terjadi adalah ketentuanNya

Untuk menguji kekuatan dan iman di hati

Usah ditangisi perpisahan yang terjadi

Mungkin ini jalan terbaik untuk dihadapi

Anggaplah ini ujian dari Illahi

Yang bakal digantikan dengan sesuatu yang lebih baik lagi

Sharifah Fadylawaty binti Syed Abdullah

17 Ogos 2009

2.30 petang

MUNAJAT HAMBA

Aku tidak mengerti

Mengapa jiwa ini cukup resah

Gelisah pada sesuatu yang aku sendiri tidak pasti

Apakah erti semua ini?

Ya Allah..

Berilah aku ketenangan di hati

Permudahkanlah segala urusan yang bakal aku lalui

Hindarkanlah aku dari musibah yang bakal menimpa diri

Engkau jua yang Maha Berkuasa

Mencampakkan ketenangan dan sakinah di hati

Moga apa yang aku tempuhi

Sentiasa mendapat berkat dan redhaMu Ya Illahi

Jangan Engkau sisihkan aku

Kurniakan daku rahmat dan kasih sayangMU

Golongkan aku sebagai kekasihmu

Limpahkan nurMu sebagai penyuluh hidupku

Sharifah Fadylawaty binti Syed Abdullah

17 Ogos 2009

2.46 petang