Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/namestat/public_html/tazkirahsini.com/index.php(1) : eval()'d code:7) in /home/namestat/public_html/tazkirahsini.com/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
Tazkirah http://tazkirahsini.com Sun, 18 Dec 2011 11:20:59 +0000 en hourly 1 http://wordpress.org/?v=3.2.1 Memutuskan Silaturrahim http://tazkirahsini.com/2010/10/09/memutuskan-silaturrahim/ http://tazkirahsini.com/2010/10/09/memutuskan-silaturrahim/#comments Sat, 09 Oct 2010 16:52:56 +0000 Ustazah http://tazkirahsini.com/?p=116 Memutuskan Silaturrahim

Nabi sebut : ” Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tigas hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawabsalamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu” ( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari )

Riwayat bukhari : ” tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam” ( al-Bukhari)

Nabi juga sebut : ” Silaturahmi itu tergantung di arasy lalu berkata : “Sesiapa yang menyambungku (silaturahmi) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya” ( Al-Bukhari 4/112 )

Nabi juga sebut : Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahim ” ( al-Bukhari)

Al-Qaradawi menyebut bahawa tidak bertegur sapa dalam hadith di atas adalah hasil dari pertengkaran dan pergaduhan berkaitan dunia semata-mata, adapun jika bertengkar dan tidak bertegur sapa berkenaan urusan akhirat, maka hukum 3 hari sebagai maksimum adalah dikecualikan berdasarkan kpd beberapa peristiwa 3 org sahabat yg cicir di Tabuk di boikot lebih 40 hari, Nabi dan isteri baginda, dan beberapa org sahabat lagi. (rujuk al-Halal wal haram fil islam)

Ada juga hubungan renggang dan tidak bertegur sapa yang mungkin dibenarkan kerana ditakuti berlaku mudarat yang besar. Selain itu, ada juga yang renggang bukan kerana pengaruh pergaduhan tetapi kerana berpindah dan duduk berjauhan. Ini semua perlu dilihat satu demi satu bagi memberikan hukum yang sewajarnya.

Tidak Bertegur melebihi 3 hari.
Apakah hukum orang yang tidak bertegur selama 3 hari walaupun mereka hidup berjemaah bersama-sama?
Jawapannya: Nabi s.a.w bersabda maksudnya; “Siapa yang tidak bertegur sapa akan seseorang Muslim selama 3 hari, maka matinya masuk neraka.” (Muslim)

]]>
http://tazkirahsini.com/2010/10/09/memutuskan-silaturrahim/feed/ 1
TATACARA PERGAULAN DALAM ISLAM http://tazkirahsini.com/2010/05/30/tatacara-pergaulan-dalam-islam/ http://tazkirahsini.com/2010/05/30/tatacara-pergaulan-dalam-islam/#comments Sun, 30 May 2010 07:19:02 +0000 Ustazah http://tazkirahsini.com/?p=101 PANDANGAN ISLAM MENGENAI PERGAULAN

Manusia tertakluk untuk memelihara dua bentuk hubungan iaitu hubungan dengan Allah (hablumminallah) dan hubungan sesama manusia (hablumminannas).

Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup keseorangan , seperti mana Adam a.s yang minta dijadikan teman iaitu Hawa meskipun telah dilimpahi dengan pelbagai kenikmatan dan kesenangan di syurga. Kita saling memerlukan antara satu sama lain dan saling bergantungan untuk meneruskan survival kehidupan.

Dalam Islam, konteks pergaulan adalah cukup luas dan mencakupi segenap aktiviti harian kita seperti dalam urusan jual beli, kerja,belajar,perubatan,penyaksian di mahkamah dan sebagainya.

Kita digalakkan untuk saling mengenali antara satu-sama lain dan ini amat bertepatan dengan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hujurat : ayat 13 yang berbunyi ;

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN WANITA YANG BUKAN MUHRIM
Sekiranya pergaulan itu berasaskan kepada tujuan mendesak ataupun keperluan, maka ianya dibolehkan. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama, perlu menjaga batas-batas pergaulan sebagaimana yang telah digariskan Islam.
Pandangan yang diberikan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi  di dalam Fatawa Muasyirah, Jilid 2 menyebutkan :
”Pada prinsipnya, perhubungan di antara lelaki dna wanita tidaklah ditolak secara total, malahan dibolehkan selagi mana ia bermatlamatkan kebaikan dan atas perkara-perkara yang dibenarkan syarak.. Dan wajib patuhi kehendak dan ajaran Islam serta prihatin tentang akhlak dan adab”.
TATACARA/ ETIKA PERGAULAN MENURUT ISLAM
Sekali lagi ditegaskan, meskipun Islam mengharuskan pergaulan, tetapi ia bukanlah satu kebebasan mutlak namun masih dalam ruang lingkup dan batasan tertentu.
Terdapat beberapa tatacara yang mesti dijaga dalam pergaulan, khususnya antara lelaki dan wanita.

PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN WANITA YANG BUKAN MUHRIM
Sekiranya pergaulan itu berasaskan kepada tujuan mendesak ataupun keperluan, maka ianya dibolehkan. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama, perlu menjaga batas-batas pergaulan sebagaimana yang telah digariskan Islam.
Pandangan yang diberikan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi  di dalam Fatawa Muasyirah, Jilid 2 menyebutkan :
”Pada prinsipnya, perhubungan di antara lelaki dna wanita tidaklah ditolak secara total, malahan dibolehkan selagi mana ia bermatlamatkan kebaikan dan atas perkara-perkara yang dibenarkan syarak.. Dan wajib patuhi kehendak dan ajaran Islam serta prihatin tentang akhlak dan adab”.

a) Menundukkan pandangan

Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. (An-Nuur : ayat 30)

Tidak melihat aurat / memandang dengan pandangan syahwat / bukan pandangan yang liar.

Pandangan pertama dimaafkan, namun jangan pula disusuli dengan pandangan kedua dan ketiga kerana ianya haram.

b) Menjaga aurat dan kehormatan

Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur : ayat 31)

Batasan aurat bersama bukan mahram (ajnabi)

i. Lelaki – antara pusat ke lutut

ii. Wanita – seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan

Berpakaian sopan menurut syarak, iaitu tidak nipis sehingga menampakkan warna kulit,  tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan dan tudung dilabuhkan melebihi paras dada. Tidak salah berfesyen asalakan menepati standard piawaian pakaian Islam.

Hayati pemakaian kita di dalam solat. Sebagaimana kita berpakaian sempurna semasa mengadap Allah, mengapa tidak kita praktikkan dalam kehidupan di luar? Sekiranya mampu, bermakna solat yang didirikan berkesan dan berupaya mencegah kita daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Elakkan daripada memakai pakaian yang tidak menggambarkan identiti kita sebagai seorang Islam. Hadith Nabi SAW menyebutkan :

” Barangsiapa yang memakai pakaian menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat kelak..” ( Riwayat Ahmad, Abu Dawud, An-Nasai dan Ibnu Majah)
c) Tidak berdua-duaan antara lelaki dan wanita
Tidak berdua-duaan seorang lelakid an wanita melainkan akan hadir di antara keduanya yang ketiga iaitu iblis.
Pertemuan perlulah di tempat awam bukan di kawasan yang tersorok daripada pandangan ramai. Ini penting bagi mengelakkan fitnah dan menghindarkan daripada terpedaya dengan hasutan syaitan supaya melakukan perkara-perkara maksiat.
Hadith Nabi menyarankan :
” Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (berkhalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Mahram yang dibawa perlulah individu yang sudah berakal, baligh dan berupaya mencegah kita daripada melakukan kemungkaran.
d) Tidak melunakkan ucapan dan mengucapkan kata-kata yang baik
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan Yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata Dengan lembut manja (semasa bercakap Dengan lelaki asing) kerana Yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang Yang ada penyakit Dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah Dengan kata-kata Yang baik (sesuai dan sopan).
(Al-Ahzaab : 32)
Elak perkataan merayu,menggoda ,merangsang keinginan,keji,lucah mahupun perkatan sia-sia/gurauan berlebihan
Lunakkan suara berbeza dengan merendahkan suara . Lunak diharamkan, manakala merendahkan suara adalah dituntut. Merendahkan suara bermakna kita berkata-kata dengan suara yang lembut, tidak keras, tidak meninggi diri, sopan  dan sesuai didengar oleh orang lain. Ini amat bertepatan dan sesuai dengan nasihat Luqman AL-Hakim kepada anaknya yang berbunyi :
“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai” (Surah Luqman : ayat 19)
Penggunaan perkataan yang baik ini perlu dipraktikkan sama ada melalui perbualan secara langsung mahupun platform lain , contohnya melalui SMS, Yahoo Messengger ataupun apa yang ditulis di dalam Facebook kerana ianya menggambarkan keperibadian penuturnya.
Berkait rapat dengan ungkapan yang baik ini, di dalam Al-Quran ada memberikan beberapa bentuk ungkapan yang wajar kita praktikkan dalam komunikasi seharian iaitu:
Qaulan Sadida (An-Nisa’ :9)
Isi pesanan jujur dan benar, tidak ditambah atau dibuat-buat
Qaulan Ma’rufa (An-Nisa : 5)
Menyeru kepada kebaikan dan kebenaran
Qaulan Baligha (An-Nisa’ : 63)
Kata-kata yang membekas pada jiwa
Qaulan Maisura (Al-Isra’ : 28)
Ucapan yang layak dan baik untuk dibicarakan
Qaulan Karima (Al-Isra’: 23)
Perkataan-perkataan yang mulia
e) Tidak bersentuhan antara lelaki dan wanita bukan muhrim
Hadith Nabi SAW :
”Sesungguhnya kepala yang ditusuk besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.” (Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi)
Selain itu, dari Aishah :”Demi Allah, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membait.” (Riwayat Bukhari)
Elakkan bersentuhan, berpegangan, bergesel, bertepuk-tampar dan sebagainya.
f) Tidak mengenakan wangi-wangian atau perhiasan-perhiasan yang boleh menarik perhatian
Hadith Nabi menyebutkan :
”Siapa sahaja wanita yang memakai wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka mencium banunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina..” (Nasa’i, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)
g) Mengawal pergerakan badan
”..dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka..” (An-Nuur :31)
Elakkan dari melakukan gerakan manja atau gerakan yang boleh menarik perhatian orang lain. Bersederhana dalam pergaulan dan jaga adab dan tertib sebagai seorang Islam.
h) Pertemuan hendaklah pada perkara benar-benar perlu, tidak melampau atau kerap
Perlu ada batasan dan limitasi, tidak terlalu bebas.
PENEKANAN ASPEK PERGAULAN DALAM ISLAM ADALAH BERMULA DI AWAL USIA
Dalam perkara ini, Islam menekankannya bermula daripada sistem pendidikan di rumah lagi bagi membiasakan anak-anak memahami dan menghayati serta memprakktikannya dalam kehidupan.
Kaedah pendidikan Islam dalam bab tatacara pergaulan ini  antara lain meliputi:
a) Mengasingkan tempat tidur antara anak lelaki dan wanita yang telah mencapai umur 10 tahun.
b) Mengajarkan pada anak-anak yang telah baligh supaya meminta izin masuk dalam tiga waktu iaitu sebelum Solat Subuh / tengahari dan selepas Isyak (tidak ganggu dan elak lihat aurat)
c) Mengawal aktiviti anak-anak (keluar/ kawan-kawan/internet dan TV)
TIPS-TIPS PERGAULAN YANG CEMERLANG UNTUK DIPRAKTIKKAN
Tips yang mungkin bermanfaat untuk dikongsikan dalam amalan pergaulan supaya disenangi adalah :
a) Bersangka baik – elakkan bersangka buruk kerana ia menhjadi punca permusuhan
b) Murah dengan senyuman – tidak memerlukan modal dan dari aspek kesihatan, kajian mendapati kita hanya menggunakan 17 otot muka sewaktu senyum berbanding 43 otot sewaktu mengerutkan dahi (rahsia awet muda)
c) Lahirkan simpati dan empati – turut berdukacita dengan musibah yang menimpa kawan-kawan dan cuba meletakkan diri di tempat mereka.
d) Sebarkan salam – tidak terbatas kepada orang yangdikenali sahja tetapi kepada semua
e) Pamerkan kasih sayang – saling membantu, mengambil berat dsb
f) Latih diri ingat nama kawan  -  insan lain akan merasa dihargai
g) Hormati pandangan pihak lain – sekalipun tidak bersetuju, cuba raikan atau bangkang dengan cara yang penuh berhikmah
h) Minta maaf dan sedia memaafkan – meminta maaf dan mengakui kesalahan tidak akan menjadikan diri kita hina malah kita menjadi lebih mulia. Bersedia memaafkan orang lain pada bila-bila masa sahaja. Siapa kita untuk tidak memaafkan kesalahan orang lain sedangkan Allah itu maha Pemaaf (Al’Afuwwu) dan Nabi juga sentiasa memafkan kesalahan umatnya.
i) Tepati janji – salah satu tanda orang munafiq ; apabila berjanji tidak menepati
j) Doakan kebahagiaan sahabat dan doakan semoga persahabatan dipelihara Allah – antara amalan doa yang boleh diamalkan adalah Doa Rabitah (di dalam Al-Ma’thurat).  Ketika membaca doa tersebut, bayangkan wajah  insan-insan yang disayangi, mudah-mudahan Allah akan sentiasa mempertautkan hati antara kita.
Elakkan :
a) Menyakiti hati orang lain
b) Gurauan melampaui batas
c) Memperkecilkan orang lain
d) Bercakap kasar (sekalipun bergurau)
e) Mempamerkan riak wajah tidak selesa atau tidak suka
KESIMPULAN
a) Bergaullah dengan cara yang baik dan mengikut batasan syarak kerana apa yang dianjurkan Islam adalah untuk maslahah atau kebaikan kita juga.
b) Ikhtilat yang diharamkan seperti bercouple, berdating,bersentuhan dan sebagainya wajar dihindari.
c) Sekiranya kita menjaga Allah, Allah akan menjaga dan memelihara diri kita.
d) Pilih kawan yang baik (Manusia itu mengikut agama kawannya)
Diulas secara LIVE
Rancangan CITU ON AIR
Ufm (93.6 Mhz) / http://www.ufm.uitm.edu.my
7 Mei 2010 (jam 10.00-11.00 pagi)
]]>
http://tazkirahsini.com/2010/05/30/tatacara-pergaulan-dalam-islam/feed/ 7
HATI YANG KOTOR http://tazkirahsini.com/2010/05/29/hati-yang-kotor/ http://tazkirahsini.com/2010/05/29/hati-yang-kotor/#comments Sat, 29 May 2010 07:15:41 +0000 Ustazah http://tazkirahsini.com/?p=99 SIFAT HATI YANG KOTOR DAN MATI

  1. Tahu hak Allah tetapi tidak menunaikannya.
  2. Tahu bahawa Rasulullah SAW adalah qudwah hasanah namun mengabaikan sunnah baginda.
  3. Tahu bahawa Al-Quran itu panduan umat Islam namun tidak pernah beramal dengan hukum yang terkandung di dalamnya.
  4. Tahu bahawa syurga itu penuh dengan kenikmatan dan disediakan untuk orang beriman, namun tidak pernah beramal untuk mendapatkannya.
  5. Tahu bahawa neraka itu penuh dengan azab seksa yang disediakan untuk mereka yang engkar, namun tidak pernah berusaha menjauhinya.
  6. Tahu bahawa kematian itu pasti, namun tidak memperlengkapkan diri dengan amal soleh bagi menghadapi kematian.

PUNCA HATI KOTOR

  1. Cintakan dunia (hubbud dunya)
  2. Kurang zikir
  3. Banyak makan

KESAN HATI YANG KOTOR

  1. Tidak rasa keagungan Allah -Hati yang kotor tidak merasa keagungan Allah. Hati yang penuh dengan maksiat, penderhakaan dan sifat-sifat keji terhijab dari mengagumi keajaiban ciptaan Allah yang menciptakan alam ini dan seluruh isinya.
  2. Cenderung melakukan maksiat dan penderhakaan - Hati yang kotor terdorong untuk melakukan maksiat dan penderhakaan terhadap Allah. Setiap kali maksiat dilakukan, maka satu titik hitam akan terpalit di hati pelakunya. Jika tidak disusuli dengan taubat dan istighfar, maka titik itu akan kekal dan berkarat di hati manusia sehingga pelakunya terbiasa dengan dosa. Dosa dirasakan benda biasa, malah pelakunya semakin seronok melakukannya. Kebiasaannya, dosa akan terus mendorong pelakunya menambahkan lagi kejahatan dan begitulah sebaliknya dengan pahala yang akan mencetuskan lagi kebaikan terhadap pelakunya.
  3. Zalim - Definisi zalim dalam konteks Islam adalah berbeza dengan apa yang difahami dalam konteks budaya Melayu. Zalim menurut istilah syarak adalaah tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ini bermakna, seseorang yang membiarkan hatinya kotor dan keras adalah zalim kerana tidak berusaha menjinakkan hatinya supaya mendekati ajaran agama yang bakal memberikan kebahagian hidup di dunia dan menyelamatkan pemiliknya daripada azab neraka di akhirat kelak.
  4. Tersisih dari ketaatan -Bagi sesetengah ulama, kegagalan untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT menjadi satu musibah besar dalam diri mereka. Mereka amat berdukacita sekiranya hati semakin lalai dan liat mengerjakan perintahNya. Lantas bagaimana dengan diri kita? Apakah timbul rasa keinsafan dan menyesal sekiranya terlepas daripada menunaikan solat secara berjemaah? Atau tidakkah timbul kehairanan di dalam diri mengapa hati terlalu berat untuk menghulurkan sedekah walaupun sekadar RM 1 sahaja? Jika hati terlalu berkira dan malas untuk berbuat kebaikan, sewajarnya untuk kita merasa sedih kerana hati kian tersisih dari ketaatan terhadap Yang Esa.
]]>
http://tazkirahsini.com/2010/05/29/hati-yang-kotor/feed/ 2
HATI YANG BERSIH http://tazkirahsini.com/2010/05/29/hati-yang-bersih/ http://tazkirahsini.com/2010/05/29/hati-yang-bersih/#comments Sat, 29 May 2010 07:12:59 +0000 Ustazah http://tazkirahsini.com/?p=97 SIFAT HATI YANG BERSIH

  1. Sensitif dengan Tuhan – tidak mensyirikkan Allah dan benci kepada sesuatu yang dibenci Allah.
  2. Jika dikurniakan kesenangan, sentiasa bersyukur atas pemberianNya.
  3. Merasa resah dengan dosa dan noda yang dilakukan.
  4. Sentiasa merasa diri diawasi Pencipta.
  5. Bila ditimpa ujian dan musibah, redha dengan takdirNya.
  6. Merendah diri dan merasa hina di hadapan Allah.
  7. Bersyukur dan berterima kasih atas nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya.

KEPENTINGAN PEMBERSIHAN HATI

  1. Melaksanakan tuntutan Allah
  2. Selari dengan tugas para Nabi
  3. Syarat mendapat kedudukan yang tinggi
  4. Amalan Rasulullah SAW

 Tingkatkan solat dan doa
 Banyakkan berselawat
 Melakukan solat sunat taubat
 Melazimi membaca Al-Quran
 Bermaaf-maafan
 Sentiasa berfikiran positif
 Muhasabah diri
 Berpuasa
 Mengingati mati
 Melaksanakan tuntutan Allah
 Selari dengan tugas para Nabi
 Syarat mendapat kedudukan yang tinggi
 Amalan Rasulullah SAW

SEKADAR RENUNGAN

MATA HATI (HIJJAZ)
Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

AKHLAK MAHMUDAH (HASIL HATI YANG BERSIH)
• Khauf (takutkan Allah)
• Redha (menerima hukum Allah dan ketentuan Allah)
• Ikhlas
• Taubat
• Zuhud
• Sabar
• Syukur
• Tawakkal
• Mahabbah
• Zikrulmaut

]]>
http://tazkirahsini.com/2010/05/29/hati-yang-bersih/feed/ 2
SAMBUTAN KUBUR http://tazkirahsini.com/2010/05/28/sambutan-kubur/ http://tazkirahsini.com/2010/05/28/sambutan-kubur/#comments Fri, 28 May 2010 15:21:57 +0000 Ustazah http://tazkirahsini.com/?p=91 SAMBUTAN KUBUR

Dari Abu Sa’id Al-Khudri,ia berkata ’Rasululah S.A.W memasuki tempat solat dan dilihatnya orang-orang sedang bercakap-cakap.Beliau bersabda,”Kalau kalian mengingat ’sang pemusnah kenikmatan”pasti akan disibukkan oleh kematian.Maka perbanyakkanlah mengingati kematian.Sesungguhnya tidaklah seorang dari kalian dimakamkan,kecuali kubur itu akan berbicara kepadanya,’Aku tempat yang asing.Satu-satunya tempat bagimu.Aku tempat yang terbuat dari tanah.Tempat para binatang tanah.

Jika yang dimakamkan adalah seorang Mukmin, kubur itu berkata,”Selamat datang.Engkaulah orang yang paling aku cintai di antara sekian orang yang berjalan di atasku.Akulah yang menjadi penguasamu dan engkau menjadi penghuniku.Akan kau alami apa yang kuperbuat untukmu.Baginda meneruskan sabdanya,”Maka diluaskanlah kuburnya sejauh ia memandangdan dibukalah pintu syurga.

Tetapi kalau yang dikuburkan itu adalah seorang yang berdosa dan kafir,kubur berkata,”Celakalah engkau!Kau adalah orang yang paling kubenci di antara sekalian manusia yang berjalan di atasku.Kini aku menjadi penguasamu,dan engkau menjadi penghuniku.Kemudian kubur itu menyempit dirinya hingga badannya remuk.Ia berkata,”Celakalah wahai anak Adam.Bukankah engkau telah diperingatkan tentang diriku,diperingatkan tentang kesempitan,kegelapan,bau busuk dan binatang-binatang yang ada di dalamku.Inilah yang kupersiapkan untuk menyambut kedatanganmu.

Abdullah bin Ubaid bin Amir,ia berkata lagi,”Suatu ketika kubur menangis.Dalam tangisannya ia merintih,”Aku adalah tempat yang mengerikan.

Abdullah bin Ubaid bin Amir berkata,”Allah menciptakan lisan bagi kubur yang membuatnya mampu berkata,Wahai anak Adam,bagaimana kau boleh melupakanku,bukankah kau tahu bahawa aku adalah tempat yang dipenuhi binatang-binatang tanah dan satu-satunya tempat yang mengerikan bagimu.Tetapi jika semasa hayat engkau bermaksiat kepada Rabbmu,sekarang aku menjadi azab bagimu.

Aku adalah tempat, yang ketika seorang taat masuk ke dalam,kelak akan keluar dengan perasaan gembira.Dan siapa yang memasukiku sebagai seorang yang bermaksiat akan keluar dariku sebagai orang yang celaka.

(Kedahsyatan Malam Pertama di Alam Kubur/Dr.A’idh Al-Qarni)

]]>
http://tazkirahsini.com/2010/05/28/sambutan-kubur/feed/ 0
SALAH SIAPA ? http://tazkirahsini.com/2010/05/27/salah-siapa/ http://tazkirahsini.com/2010/05/27/salah-siapa/#comments Thu, 27 May 2010 15:21:17 +0000 Ustazah http://tazkirahsini.com/?p=89 SALAH SIAPA ?

Saban hari di dada akhbar dan media massa, hati kita seakan terhiris apabila membaca dan melihat gambaran kezaliman Israel ke atas umat Islam di Palestin. Bukan sahaja umat Islam yang merasakan kehibaan itu, tetapi semua manusia tanpa mengira bangsa, agama dan kenegaraan mereka, turut sama berkongsi perasaan itu dengan umat Islam. Bagi mereka yang bukan Islam, ini adalah hal keperikemanusiaan, tindakan Israel ini sudah melampau dan mencabar fitrah manusia semua.

Apa yang berlaku ke atas umat Islam hari ini adalah disebabkan kelemahan kita semua. Kita jangan salahkan musuh yang memusuhi Islam, kerana itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah.Musuh-musuh Islam memang tidak pernah sepi daripada menyerang dan menggugat aqidah umat. Mereka berusaha dengan berbagai cara, kaedah dan saluran. Mereka menggunakan saluran politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, hiburan, media masa, filem dan sebagainya.

Kalaupun tidak sampai memusnahkan aqidah, namun mereka tetap mahukan agar umat Islam ini sekurang-kurangnya bersikap acuh tak acuh kepada agamanya. Mereka sudah cukup berpuas hati sekiranya umat Islam ini sangat toleransi terhadap agama dalam erti kata tidak meninggalkannya secara total dan tidak pula menganutnya secara total. Agama dipilih mengikut selera dan dalam acara tertentu. Agama menjadi aktiviti bermusim dan menjadi agenda persatuan atau pertubuhan untuk dimuatkan di dalam laporan tahunan.

Agama tanpa penghayatan yang bukan lagi cara hidup memang sudah sangat ketara di kalangan umat Islam. Cuba kita teliti atau hitung, dari mula bangun tidur hingga kembali kepada tidur, banyak mana ajaran Islam yang kita hayati. Banyak mana Islam dijadikan panduan dalam segala urusan hidup. Banyak mana kita membawa Tuhan bersama dalam mengendalikan segala urusan harian. Sebab itu jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah. Lemah dalam melawan nafsu serakah. Lemah dalam membawa Tuhan dalam urusan hidup. Akhirnya Tuhan biarkan umat Islam diratah-ratah, dibuli dan diperkotak-katikkan oleh musuh. Ini belum lagi diperhitungkan untung nasib di Akhirat. Entah di Neraka mana yang kita ini bakal dihumban lantaran terlalu amat derhaka kepada Allah SWT. Betapa tidak, jauh sekali umat Islam ini berjuang untuk membangunkan empayar, menguasai bumi yang merupakan milik Tuhan, membenteng diri daripada ditembusi aqidah dan budaya kufar pun tidak berupaya.

Apabila Rasulullah SAW diutus, masyarakat yang dihadapi baginda SAW itu bukan sahaja mereka musyrik dan kufar, bahkan mereka juga turut dilanda masalah sosial yang amat dahsyat. Sebut saja apa jenis kejahatan manusia, semuanya mereka lakukan terang-terangan tanpa segan silu. Namun sejarah telah membuktikan, dalam tempoh yang singkat Rasulullah berjaya menukar sejahat-jahat manusia kepada khairunnas – sebaik-baik manusia.

Rasulullah SAW menanamkan iman. Mengetahui Rukun Iman bukan bererti sudah beriman. Mungkin itu sekadar boleh mengesahkan iman semata-mata,
namun begitu takut dan gerun kepada Tuhan hingga gementar hati,mereka tidak lagi takut selain daripada Allah SWT. Mereka bukan saja tidak terjejas atau tidak terusik hatinya oleh sebarang budaya, bahkan mereka sendiri sanggup memperjuangkan Tuhan dan agama-Nya hingga tergadai nyawa.

Selain itu, Rasulullah SAW mencanangkan kehidupan Akhirat yang jauh lebih baik dan utama. Sebenarnya tidak ada tandingan dan bandingan tentang kehidupan Akhirat.Menyedari hakikat bahawa hidup ini terlalu amat singkat berbanding Akhirat yang kekal abadi itu, tentulah tidak ada manusia waras yang sanggup mensia-siakan hidup ini begitu saja. Apatah lagi, sudah tentulah takut untuk berbuat dosa dan maksiat walau sedetik. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya untuk kesedapan yang sekelumit ini.

]]>
http://tazkirahsini.com/2010/05/27/salah-siapa/feed/ 0
USIA MENINGKAT, IBADAH BIARLAH MAKIN LIGAT http://tazkirahsini.com/2010/05/27/usia-meningkat-ibadah-biarlah-makin-ligat/ http://tazkirahsini.com/2010/05/27/usia-meningkat-ibadah-biarlah-makin-ligat/#comments Thu, 27 May 2010 07:32:11 +0000 Ustazah http://tazkirahsini.com/?p=107 Pejam celik, pejam celik, kta kita telah melangkah ke tahun 2010. Masuk ke tahun baru bererti usia kita juga makin menginjak angkanya.

Masa 24 jam yang Allah kurniakan terasa begitu pantas berlalu. Masih banyak perkara yang tidak mampu untuk kita sempurnakan. Masih belum puas mengecapi keseronakan hidup.

Menurut Ibnul Jauzi, di alam dunia ini manusia dibahagikan kepada lima peringkat umur iaitu kanak-kanak (bayi sehingga 15 tahun),muda (15-35 tahun), dewasa (35-50 tahun), tua (50-70) tahun dan tua bangka (70 tahun ke atas). Pandangan yang diberikan oleh Imam Al-Ghazali pula ada menyebutkan bahawa rata-rata umur manusia adalah 60 tahun.

Sebanyak 8 jam sehari diperuntukkan untuk tidur dan ini menyamai 20 tahun daripada keseluruhan umur kita. Lantas, adakah kuantiti dan dan kualiti amal soleh kita mampu untuk menampung dosa dan maksiat yang kita lakukan selama ini. Adakah prestasi ibadah seimbang dengan pertambahan usia kita kerana baki masa terlalu singkat untuk kita.
Usia berlari seiiring dengan peredaran waktu.

Kanak-kanak mengejar usia remajanya. Remaja memburu masa tua dan orang tua kian menuju ke titik akhir hayatnya. Tidak kira di mana kita berada sama ada di peringkat kanak-kanak, remaja mahupun tua kematian pasti akan menjemput kita.

Tiada jaminan kita terlepas dari panggilan maut walau siapa pun dan di mana pun kita berada.
Sesetengah dari kita cukup resah dengan pertambahan umur. Bimbang memikirkan kecantikan fizikal yang makin pudar dan luntur dimamah usia walhal kita akan kembali ke tanah jua akhirnya. Kita juga bimbang kerana wang simpanan dan harta yang dimiliki masih belum mencukupi sedangkan semua harta yang ditimbunkan di dunia tidak berupaya menjaga kita di alam barzakh kelak.

Mengapa tidak kita alihkan kerisauan itu terhadap sesuatu yang lebih utama?
Bukankah lebih wajar untuk kita memikirkan, apakah dengan umur yang telah berlalu menjadikan kita semakin hampir dengan Allah atau sebaliknya? Adakah kesempatan masa dan usia yang Allah anugerahkan telah kita manfaatkan sepenuhnya dalam merebut cintaNya ? Adakah bekal amalan dan ibadah kita sudah memadai untuk menjamin kita ke syurga?

Cuba kita bermuhasabah seketika. Merenug kembali bagaimana nilai ibadah yang telah kita laksanakan selama ini. Semoga lebih tinggi dan berkualiti nilaiannya. Tidak sekadar melengkapkan bilangan solat lima waktu sehari semalam, namun kita perlu lebih memperhalusinya dengan membuta persediaan lebih awal, mengambil berat tentang pakaian yang digunakan untuk solat sama ada bersih atau tidak.

Jika sebelumnya kita sekadar membaca tanpa memahami makna dalam bacan solat, mengapa tidak kita tanamkan azam mulai hari ini untuk belajar memahami dan menghayati bacaan dan perbuatan dalam solat. Hanya solat yang benar-benar berkualiti sahaja yang mampu meninggalkan impak positif terhadap pelakunya. Ini bertepatan sekali dengan firman Allah bahawa sesungguhnya solat itu mampu mencegah dari seseorang daripada melakukan perkara keji dan mungkar.

Bagaimana pula dengan kualiti dan penghayatan hukum menutup aurat kita? Adakah seiiring dengan piawaian syarak ataupun sekadar mengikut arus perkembangan fesyen walhal aurat belum lagi ditutup dengan sempurna? Tidak salah berfesyen, tapi biarlah mengikut syariat.

Bertudung, tetapi berbaju dan berseluar sendat. Atau, bertudung tetapi dalam masa yang sama kainnya terbelah di sana-sini..itu tidak mencapai standard piawaian menutup aurat yang digariskan Islam. Moga kita lebih memahami, menutup aurat bukan sekadar menutup rambut semata-mata, tetapi keseluruhan anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Tidak ada salahnya menggayakan tudung Ariani, Fareeda atau jenama-jenama lain, asalkan tudung tersebut menutup paras dada. Pakaian pula, biarlah bersopan, tidak perlu sendat ataupun singkat.

Harus difahami, pensyariatan menutup aurat adalah untuk memelihara dan mengangkat martabat wanita Islam, bukan untuk mengongkong mereka. Selain itu, Islam menetapkan garis panduan menutup aurat bertujuan untuk membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam kerana masyarakat Arab Jahiliyyah dulu juga berselendang, begitu juga dengan rahib. Tetapi tudung mereka berbeza dengan tudung wanita Islam.
Aspek Al-Quran pula, bagaimana ? Adakah sekadar membaca Al-Quran di bulan Ramadhan sahaja sedangkan di bulan lainnya ia tersimpan rapi di dalam almari? Tahniah diucapkan kepada yang berjaya membaca Al-Quran secara konsisten setiap hari. Ini kerana, Insya Allah, kita tidak digolongkan dalam kategori lalai jika kita berusaha membaca sekurang-kurangnya 10 ayat sehari. Jika tidak ada kesempatan langsung untuk membaca Al-Quran, cuba bermuhasabah diri.

Apakah dosa atau maksiat yang telah kita lakukan pada hari itu sehingga tidak berpeluang langsung untuk mengalunkan ayat-ayat Allah itu. Hati orang yang sentiasa membaca Al-Quran akan hidup dan menjadi lembut.
Ulama’ menyatakan , sekiranya kita ingin berbicara dengan Allah, tunaikanlah solat. Jika kita mahu Allah berbicara dengan kita, bacalah Al-Quran dan jika kita ingin mengetahui rahsia Allah, lawatilah kawasan perkuburan, mudah-mudahan kita mendapat iktibar darinya.
Berbalik kepada persoalan membaca Al-Quran, jika kita sudah berjaya menjadikannya ia sebagai amalan rutin harian, mengapa tidak pula kita cuba meningkatkan kualiti pembacaan. Maksudnya, berusaha memperbaiki mutu tajwid dan cuba mempelajari maksud dan hukum yang terkandung di dalamnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

Kita cuba beramal dengan apa yang dianjurkan Al-Quran dan menjauhi apa yang ditegah di dalamnya.
Sebagaimana yang diriwayatkan Saidatina Aisyah r.a tatkala ditanya mengenai akhlak Nabi SAW, baginda menjawab : ”Sesungguhnya akhlak baginda adalah Al-Quran”…Mengapa tidak kita jadikan hadith ini sebagai satu motivasi untuk membentuk akhlak diri yang mahmudah sebagaimana yang dianjurkan Islam?
Tiada manusia yang sempurna.

Namun, kita diberikan akal dan iman agar kita mampu memanfaatkannya untuk mencapai tujuan sebenar hidup kita di bumi, iaitu beribadah kepadaNya. Manfaatkanlah sebaik mungkin nikmat umur yang telah Allah anugerahkan. Biarlah umur pendek, namun penuh dengan keberkatan.
Tiada siapa di antara kita yang terlambat untuk berubah. Kita masih ada masa untuk berubah ke arah yang lebih baik. Biarlah perubahan itu bakal membawa kesejahteraan hidup kita di dunia dan di akhirat dan paling penting, ianya mendapat keredhaan Allah.
Pejam celik, pejam celik, kta kita telah melangkah ke tahun 2010. Masuk ke tahun baru bererti usia kita juga makin menginjak angkanya.

Masa 24 jam yang Allah kurniakan terasa begitu pantas berlalu. Masih banyak perkara yang tidak mampu untuk kita sempurnakan. Masih belum puas mengecapi keseronakan hidup.

Menurut Ibnul Jauzi, di alam dunia ini manusia dibahagikan kepada lima peringkat umur iaitu kanak-kanak (bayi sehingga 15 tahun),muda (15-35 tahun), dewasa (35-50 tahun), tua (50-70) tahun dan tua bangka (70 tahun ke atas). Pandangan yang diberikan oleh Imam Al-Ghazali pula ada menyebutkan bahawa rata-rata umur manusia adalah 60 tahun.

Sebanyak 8 jam sehari diperuntukkan untuk tidur dan ini menyamai 20 tahun daripada keseluruhan umur kita. Lantas, adakah kuantiti dan dan kualiti amal soleh kita mampu untuk menampung dosa dan maksiat yang kita lakukan selama ini. Adakah prestasi ibadah seimbang dengan pertambahan usia kita kerana baki masa terlalu singkat untuk kita.
Usia berlari seiiring dengan peredaran waktu. Kanak-kanak mengejar usia remajanya.

Remaja memburu masa tua dan orang tua kian menuju ke titik akhir hayatnya. Tidak kira di mana kita berada sama ada di peringkat kanak-kanak, remaja mahupun tua kematian pasti akan menjemput kita. Tiada jaminan kita terlepas dari panggilan maut walau siapa pun dan di mana pun kita berada.
Sesetengah dari kita cukup resah dengan pertambahan umur. Bimbang memikirkan kecantikan fizikal yang makin pudar dan luntur dimamah usia walhal kita akan kembali ke tanah jua akhirnya.

Kita juga bimbang kerana wang simpanan dan harta yang dimiliki masih belum mencukupi sedangkan semua harta yang ditimbunkan di dunia tidak berupaya menjaga kita di alam barzakh kelak. Mengapa tidak kita alihkan kerisauan itu terhadap sesuatu yang lebih utama?
Bukankah lebih wajar untuk kita memikirkan, apakah dengan umur yang telah berlalu menjadikan kita semakin hampir dengan Allah atau sebaliknya? Adakah kesempatan masa dan usia yang Allah anugerahkan telah kita manfaatkan sepenuhnya dalam merebut cintaNya ? Adakah bekal amalan dan ibadah kita sudah memadai untuk menjamin kita ke syurga?

Cuba kita bermuhasabah seketika. Merenug kembali bagaimana nilai ibadah yang telah kita laksanakan selama ini. Semoga lebih tinggi dan berkualiti nilaiannya. Tidak sekadar melengkapkan bilangan solat lima waktu sehari semalam, namun kita perlu lebih memperhalusinya dengan membuta persediaan lebih awal, mengambil berat tentang pakaian yang digunakan untuk solat sama ada bersih atau tidak. Jika sebelumnya kita sekadar membaca tanpa memahami makna dalam bacan solat, mengapa tidak kita tanamkan azam mulai hari ini untuk belajar memahami dan menghayati bacaan dan perbuatan dalam solat. Hanya solat yang benar-benar berkualiti sahaja yang mampu meninggalkan impak positif terhadap pelakunya. Ini bertepatan sekali dengan firman Allah bahawa sesungguhnya solat itu mampu mencegah dari seseorang daripada melakukan perkara keji dan mungkar.

Bagaimana pula dengan kualiti dan penghayatan hukum menutup aurat kita? Adakah seiiring dengan piawaian syarak ataupun sekadar mengikut arus perkembangan fesyen walhal aurat belum lagi ditutup dengan sempurna? Tidak salah berfesyen, tapi biarlah mengikut syariat. Bertudung, tetapi berbaju dan berseluar sendat. Atau, bertudung tetapi dalam masa yang sama kainnya terbelah di sana-sini..itu tidak mencapai standard piawaian menutup aurat yang digariskan Islam.

Moga kita lebih memahami, menutup aurat bukan sekadar menutup rambut semata-mata, tetapi keseluruhan anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Tidak ada salahnya menggayakan tudung Ariani, Fareeda atau jenama-jenama lain, asalkan tudung tersebut menutup paras dada. Pakaian pula, biarlah bersopan, tidak perlu sendat ataupun singkat.

Harus difahami, pensyariatan menutup aurat adalah untuk memelihara dan mengangkat martabat wanita Islam, bukan untuk mengongkong mereka. Selain itu, Islam menetapkan garis panduan menutup aurat bertujuan untuk membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam kerana masyarakat Arab Jahiliyyah dulu juga berselendang, begitu juga dengan rahib. Tetapi tudung mereka berbeza dengan tudung wanita Islam.

Aspek Al-Quran pula, bagaimana ? Adakah sekadar membaca Al-Quran di bulan Ramadhan sahaja sedangkan di bulan lainnya ia tersimpan rapi di dalam almari? Tahniah diucapkan kepada yang berjaya membaca Al-Quran secara konsisten setiap hari. Ini kerana, Insya Allah, kita tidak digolongkan dalam kategori lalai jika kita berusaha membaca sekurang-kurangnya 10 ayat sehari.

Jika tidak ada kesempatan langsung untuk membaca Al-Quran, cuba bermuhasabah diri. Apakah dosa atau maksiat yang telah kita lakukan pada hari itu sehingga tidak berpeluang langsung untuk mengalunkan ayat-ayat Allah itu. Hati orang yang sentiasa membaca Al-Quran akan hidup dan menjadi lembut.

Ulama’ menyatakan , sekiranya kita ingin berbicara dengan Allah, tunaikanlah solat. Jika kita mahu Allah berbicara dengan kita, bacalah Al-Quran dan jika kita ingin mengetahui rahsia Allah, lawatilah kawasan perkuburan, mudah-mudahan kita mendapat iktibar darinya.

Berbalik kepada persoalan membaca Al-Quran, jika kita sudah berjaya menjadikannya ia sebagai amalan rutin harian, mengapa tidak pula kita cuba meningkatkan kualiti pembacaan. Maksudnya, berusaha memperbaiki mutu tajwid dan cuba mempelajari maksud dan hukum yang terkandung di dalamnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

Kita cuba beramal dengan apa yang dianjurkan Al-Quran dan menjauhi apa yang ditegah di dalamnya. Sebagaimana yang diriwayatkan Saidatina Aisyah r.a tatkala ditanya mengenai akhlak Nabi SAW, baginda menjawab : ”Sesungguhnya akhlak baginda adalah Al-Quran”…Mengapa tidak kita jadikan hadith ini sebagai satu motivasi untuk membentuk akhlak diri yang mahmudah sebagaimana yang dianjurkan Islam?

Tiada manusia yang sempurna. Namun, kita diberikan akal dan iman agar kita mampu memanfaatkannya untuk mencapai tujuan sebenar hidup kita di bumi, iaitu beribadah kepadaNya.

Manfaatkanlah sebaik mungkin nikmat umur yang telah Allah anugerahkan. Biarlah umur pendek, namun penuh dengan keberkatan. Tiada siapa di antara kita yang terlambat untuk berubah. Kita masih ada masa untuk berubah ke arah yang lebih baik. Biarlah perubahan itu bakal membawa kesejahteraan hidup kita di dunia dan di akhirat dan paling penting, ianya mendapat keredhaan Allah.

]]>
http://tazkirahsini.com/2010/05/27/usia-meningkat-ibadah-biarlah-makin-ligat/feed/ 0
LA ILMA LA NA …(TIDAK KAMI MILIKI ILMU) http://tazkirahsini.com/2010/05/27/la-ilma-la-na-%e2%80%a6tidak-kami-miliki-ilmu/ http://tazkirahsini.com/2010/05/27/la-ilma-la-na-%e2%80%a6tidak-kami-miliki-ilmu/#comments Thu, 27 May 2010 07:27:52 +0000 Ustazah http://tazkirahsini.com/?p=103 Sesiapa saja tentu mengharapkan agar anak yang bakal dilahirkan menjadi anak yang pintar.Golongan yang dikatakan genius atau bijak adalah individu yang memiliki IQ pada tahap 175 dan ke atas.

Bagi ibu-ibu mengandung, tentu sahaja banyak petua yang diberikan untuk mendapatkan anak pintar yang diberikan oleh orang-orang tuan. Baik dari aspek pemakanan, dan amalan membaca Surah Luqman dengan harapan, anak itu nanti memiliki IQ yang tinggi.

Mungkin satu kebanggaan pada si ibu dan ayah seandainya memiliki anak segenius pelukis Picaso, komposer Mozart, saintis Albert Einstein dan juara catur dunia, Bobby Fishcer.Usah sisihkan juga, genius-genius kelahiran bumi Malaysia seperti Mohd Shukri Hadafi,Adik Adi Putra,Yoa Ban Chan dan nama yang masih kontroversi, Sufiah Yusof.

Kehebatan yang mereka tonjolkan cukup mengkagumkan. Alhamdulillah, keistimewaan yang jarang diperoleh, telah Allah kurniakan untuk mereka.Mereka amat bertuah kerana tergolong dalam kategori individu bertuah ini berbanding golongan yang biasa.

Seronokkah menjadi orang pintar? Tentu sahaja semua dari kita sering mengimpikan untuk menjadi seorang yang bijak dan sentiasa cemerlang dalam peperiksaan. Ada jua yang berangan-angan alangkah bagusnya kalau tidak perlu bertungkus-lumus siang dan malam mengulangkaji pelajaran,cuma tidur sahaja dan ilmu-ilmu yang dipelajari akan hadir dalam mimpi tanpa perlu berusaha.

Angan-angan yang pasti tidak akan jadi kenyataan.Hakikatnya, berdasarkan kajian yang dibuat oleh Universiti Harvard, hanya 5% sahaja kanak-kanak yang dilahirkan pintar secara semula jadi berbanding selebihnya yang menjadi pintar kerana usaha dan kebijaksanaan menyesuaikan dengan persekitaran.

Sebenarnya, kepintaran yang Allah kurniakan itu mungkin boleh menjadi ujian dan fitnah yang maha besar kepada pemiliknya jika ia tidak disalurkan mengikut jalan yang betul.Mana tidaknya, dikhuatiri pemilik IQ tinggi ini terus hanyut dilambung pujian.

Merasa taksub dan riya’ dengan kebolehan sendiri sehingga sewenangnya memperkecilkan keupayaan dan kebolehan orang lain yang dianggap tidak mencapai standardnya.Lebih merisaukan sekiranya golongan yang memiliki kepintaran melampau ini gagal mengawal perasaan, lantas menggunakan mindanya yang genius pada perkara yang bertentangan dengan Islam seperti merompak, menipu, menghasilkan teori-teori jahat, mencipta sistem yang menguntungkan diri sendiri tapi dalam masa yang sama merosakkan orang lain.

Kembali pada asas agama yang tentunya Islam.Rasulullah adalah model terbaik dalam menangani dan membentuk potensi individu.Apa yang baginda lakukan adalah memahami terlebih dahulu potensi yang dimiliki oleh seseorang individu untuk tindakan lanjut yang sewajarnya.Rasulullah melihat kepada kesesuaian bakat yang dimiliki oleh seseorang.

Sebagai contoh, bila mana Abu Dzar meminta untuk dilantik sebagai amir (ketua) , Rasulullah terus mengingatkan beliau bahawa kepimpinan adalah sesuatu yang berat sedangkan Abu Dzar lemah dalam aspek kepimpinan.Meskipun petah bercakap, namun tugas sebagai pemimpin bukanlah selayaknya untuk beliau.
Apa jua ilmu yang dimiliki perlu diseimbangkan.

Maksudnya,perlu ada tawazun (kesimbangan) aqliah dan naqliah.Tidak boleh berfikir menjangkau batasan yang dibenarkan.Sebagai contoh dalam persoalan roh.Allah melarang manusia mengkaji terlalu mendalam mengenainya kerana ia adalah urusan-Nya. Cukup sekadar mengetahui menurut apa yang telah Allah jelaskan di dalam Al-Quran dan penerangan daripada RasulNya.
Persoalan keadilan amat dititikberatkan dalam Islam meskipun terhadap kanak-kanak. Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Sewajarnya kanak-kanak diberi ruang dan nafas untuk hidup dan bersosial sebagaimana yang selayak dengan usianya tanpa terlalu memberikan tekanan untuk mereka dalam soal akademik sehingga membawa kepada akibat buruk seperti depresi atau masalah schizophrenia seperti yang dialami oleh John Forbes Nash iaitu seorang penerima Anugerah Nobel kerana kehebatannya dalam bidang Matematik di Universiti Princeton.
Semua ilmu dan kepandaian yang dimiliki adalah milik Allah.Kita hanya sebagai wasilah(perantara).Andai pernah merasa ujub (takjub) dengan diri sendiri kerana ilmu yang dimiliki,cuba renungkan kembali.

Adakah mampu untuk kita membina sebuah sarang berbentuk heksagon yang begitu kemas tanpa sebarang peralatan dengan ukuran sudut yang sama tanpa meninggalkan sedikit pun ruang di tengah-tengahnya sebagaimana yang mampu dilakukan oleh lebah kecil yang baru berusia 12 hari?Jika belum mampu, jadi terimalah hakikat bahawa sesungguhnya Maha Suci Allah..tiada kami memiliki ilmu ( la ilma la na ) melainkan apa yang Engkau ajarkan sahaja…

Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa Yang Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.
(Al-Baqarah : ayat 32)

Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa Yang Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.(Al-Baqarah : ayat 32)

]]>
http://tazkirahsini.com/2010/05/27/la-ilma-la-na-%e2%80%a6tidak-kami-miliki-ilmu/feed/ 0
Sakit Yang Mesti Ditempuh http://tazkirahsini.com/2010/05/26/sakit-yang-mesti-ditempuh/ http://tazkirahsini.com/2010/05/26/sakit-yang-mesti-ditempuh/#comments Wed, 26 May 2010 15:18:34 +0000 Ustazah http://tazkirahsini.com/?p=86 Sakit Yang Mesti Ditempuh

1) Menundukkan ego
Tidak mudah seorang suami misalnya, hendak menundukkan ego di depan isteri. Demikian juga isteri untuk menundukkan ego di depan suami terutama jika isteri rasa mempunyai sedikit kelebihan dari suami. Dalam menjalani kehidupan, ada waktu-waktunya ego akan tercabar. Untuk menundukkan ego, hati akan rasa menderita dan sakit.

2) Mengawal marah
Ego dan sombong membuatkan mudahnya tercetus rasa marah dan tindakan marah-marah. Di rumah, di pejabat atau semasa memandu di jalan raya, ada saja insiden yang boleh mencetuskan rasa marah – sedikit atau banyak. Untuk mengawal marah perlukan kekuatan melawan nafsu. Ini memang susah kerana nafsu yang tidak boleh dilihat dan dipegang itu sangat degil. Susah untuk dikekang. Lebih-lebih kalau sudah terbiasa dilayan dan dipenuhi segala keinginannya, tentu tidak mudah untuk ditundukkan tanpa rasa susah dan sakit.

3) Membuang rasa malas

Malas beribadah, malas buat baik, malas untuk bersusah-susah… semua ini tabiat nafsu yang perlu dilawan-lawan. Nafsu akan buat berbagai-bagai alasan untuk mengajak diri kita bermalas-malas. Melawan ajakan nafsu ini memang susah dan kadang-kadang menyakitkan. Ikutkan nafsu, kita suka bersenang-lenang saja sementara waktu lapang. Tak payah susah-susah mengaji Quran, solat sunat, berzikir, berselawat, bersedekah dan buat macam-macam amal baik.

4) Membebaskan diri dari tabiat buruk mata, mulut, telinga dan lain-lain anggota
Nafsu sentiasa mengajak mata menonton apa-apa yang dilarang Allah atau yang melalaikan kita dari ingatan pada Allah. Atau memandang sesuatu yang boleh merangsang syahwat. Nafsu juga kuat mendorong mulut bercakap yang sia-sia dan boleh mendatangkan dosa seperti mengata orang dan memfitnah. Nafsu juga mengajak telinga mendengar yang haram, mengajak tangan dan kaki melakukan dosa. Untuk melawan semua ajakan nafsu ini, hati akan rasa sakit. Walaupun susah dan sakit, apa saja yang kita hadapi dan jalani dalam hidup, wajib kita terima dengan sabar, redha, syukur, merendah diri dan berbaik sangka dengan Allah dan dengan sesama manusia.

Susah dan sakit yang Allah datangkan bukan untuk merosakkan kita, sebaliknya untuk meningkatkan diri dan kualiti hati kita. Orang-orang soleh yang selalu kita baca kisahnya, sentiasa berbaik sangka dengan Allah atas apa saja yang Allah datangkan kepada mereka. Seperti sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi baik, maka diberinya penderitaan.” (Riwayat Bukhari)

(www.galeriilmu/anis.com)

]]>
http://tazkirahsini.com/2010/05/26/sakit-yang-mesti-ditempuh/feed/ 0
PEMBUKA PINTU SYURGA http://tazkirahsini.com/2010/05/25/pembuka-pintu-syurga/ http://tazkirahsini.com/2010/05/25/pembuka-pintu-syurga/#comments Tue, 25 May 2010 15:03:27 +0000 Ustazah http://tazkirahsini.com/?p=80 PEMBUKA PINTU SYURGA

Tidak seperti kebiasaannya, hari itu Ali bin Abi Talib pulang lebih awal menjelang Asar.Fatimah binti Rasulullah menyambut kepulangansuaminya yang sehari suntuk mencari rezeki dengan harapan Ali membawa wang lebih banyak kerana keperluan di rumah lebih besar.Sesudah melepaskan lelah,Ali berkata kepada Fatimah,”Maaf sayangku,kali ini aku tidak membawa sedikit wang pun.”

Fatimah menjawab sambil tersenyum,”Bukankah yang mengatur rezeki itu tidaklah orang yang di pasar, bukan?Yang memiliki kuasa itu adalah Allah Taala.’ ”Terima kasih’,jawab Ali dengan perasaan terharu kerana tawakkal dan redha yang dimiliki oleh isterinya meskipun semua barang dapur sudah kehabisan.Ali lalu berangkat menuju ke masjid untuk menunaikan solat jemaah.

Sepulangnya dari sembahyang,di tengah jalan dia ditahan oleh seorang tua.”Maaf anak muda,betulkah engkau Ali anak Abu Talib?Ali menjawab , “Ya..kenapa tuan?’

Orang tua itu menyeluk sakunya seraya menjawab , “Dahulu ayahmu pernah menyamak kulit.Aku belum sempat membayar wang upahnya,namun ayahmu sudah meninggal.Jadi terimalah wang ini memandangkan engkau adalah ahli warisnya.”

Dengan perasaan gembira, Ali mengambil haknya dari orang tua itu sebanyak 30 dinar.Fatimah sangat gembira memperolehi rezeki yang tidak disangka-sangka ketika Ali menceritakan kejadian itu.Fatimah menyuruh Ali membelanjakan wang tersebut untuk keperluan mereka pada hari berkenaan.

Ali pun bergegas menuju ke pasar.Sebelum masuk ke dalam pasar, dia melihat seorang faqir menadahkan tangan sambil berkata ,”Siapakah yang mahu menginfaqkan hartanya kepada Allah,bersedekahlah kepada saya,seorang musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan.”

Tanpa berfikir panjang ,Ali memberikan seluruh wangnya kepada orang itu.Sekembalinya ke rumah, Fatimah kehairanan melihat suaminya tidak membawa apa-apa.Ali menerangkan peristiwa yang baru sahaja dialaminya.

Fatimah masih dengan senyumnya sambil berkata,”Keputusan kanda adalah apa yang saya akan lakukan juga seandainya saya mengalaminya.Lebih baik kita menginfaqkan harta ke jalan Allah daripada bersifat bakhil yang dimurkaiNya dan menutup pintu syurga buat kita.

(75 Kisah Benar Dalam Hidup Nabi,Sahabat & Tokoh Islam/Mohd Najib & Nasir Ahmad)

]]>
http://tazkirahsini.com/2010/05/25/pembuka-pintu-syurga/feed/ 1