KEKESALAN KERANA MENINGGALKAN AMAL BAIK

March 29th 2010 · Read More · No Comments

Ada seorang pemuda di kalangan Bani Israel yang telah menghambakan dirinya kepada Allah dan melakukan ketaatan selama dua puluh tahun. Malangnya dua puluh tahun kemudian dia mengingkari-Nya pula dengan pelbagai bentuk kemaksiatan.
Pada suatu hari dia melihat wajahnya di cermin dia mendapati janggutnya telah mula beruban.Keadaan tersebut menakutkannya.Langsung dia berdoa,”Wahai Tuhanku!Hamba-Mu ini telah melakukan ketaatan selama temph dua puluh tahun.Hamba-Mu ini juga telah mengingkari-Mu selama dua puluh tahun.Seandainya hamba-Mu ini ingin bertaubat apakah wahai Engkau akan menerimanya kembali?
Hasrat pemuda ini tidak sia-sia.Penyesalannya daripada melakukan maksiat selama dua puluh tahun selepas menjadi hamba yang soleh selama dua puluh tahun dikabulkan oleh Allah SWT.Pada ketika itu beliau seolah-olah mendengar satu bisikan suara yang berkata. “Ketika kamu menyayangi Kami, Kami juga menyayangi kamu. Tetapi ketika kamu memusuhi kami langsung kami meninggalkan kamu ketika kamu memaksiati Kami, Kami melengah-lengahkannya tetapi apabila kamu kembali kepada Kami, Kami tetap menerimanya’.

Teruskan membaca…

Kasih Allah Kepada Mereka Yang Bertaubat

March 28th 2010 · Read More · No Comments

Dalam sebuah Hadith yang diketengahkan oleh Bukhari dan Muslim secara sepakat disebutkan bahawa: dahulu di kalangan orang-orang yang sebelum kalian -yakni kaum Bani Israil- ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Dia ingin menjumpai seorang abid untuk meminta fatwa supaya dia dapat bertaubat dari dosanya. Sebaik saja berjumpa, dia pun menerangkan bahawa dia telah membunuh 99 orang dan bertanya sama ada dia masih ada peluang untuk bertaubat.

Abid itu dengan tegas mengatakan dia tidak boleh bertaubat kerana dosanya terlalu banyak. Lelaki itu mejadi marah dan terus membunuh abid itu, menjadikannya mangsa yang ke-100. Dia masih ingin untuk bertaubat dan terus mencari kalau-kalau ada ulama yang boleh membantunya. Akhirnya dia berjumpa dengan seorang ulama. Dia menceritakan bahawa dia telah membunuh 100 orang dan bertanya sama ada Allah masih menerima taubatnya.Lelaki itu bertanya : “Aku telah membunuh 100 orang yang terpelihara darahnya, maka masih adakah jalan taubat bagiku?”Ulama itu bertanya balik : “Lalu siapakah yang menghalang-halangi antara kamu dengan taubat dan siapakah yang mencegahmu dari melakukan taubat?

Seterusnya dia menyuruh lelaki itu pergi ke sebuah negeri di mana terdapatnya pemuda-pemuda soleh. Apabila sampai di sana nanti, ulama itu menyuruhnya tinggal di sana dan beribadat bersama mereka. Ulama itu melarangnya pulang ke negeri asalnya yang penuh dengan maksiat. Lelaki itu mengucapkan terima kasih lalu terus menghala ke negeri yang diterangkan oleh ulama tadi.

Teruskan membaca…

Ciri Ibad Ar-Rahman

March 27th 2010 · Read More · No Comments

Antara cirinya ialah merayu-rayu kepada Allah SWT di dalam doa. Sepertimana firman Allah SWT di dalam Surah Al-Furqan ayat ke-74 yang bermaksud:

Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa”.

I’bad Ar-Rahman gelaran yang cukup agung di sisi Allah SWT, mereka ini tidak terhenti semata-mata cukup dengan apa yang mereka lakukan dan perolehi sahaja malah visi mereka di dalam arena dakwah Islam ini teramat jauh, bagi mereka keikhlasan dan kebahagiaan ini bukan semata-mata untuk mereka bahkan mereka turut berkehendakkan perubahan jiwa di dalam institusi (madrasah) tazkiyah an-nafs ini berlaku kepada orang-orang yang berada disekeliling kehidupan mereka, perkara pokok yang perlu diberi penekanan untuk perubahan demi mencari ketenangan di dunia dan akhirat ini ialah isteri dan anak-anak serta zuriat mereka yang tidak takut dengan sebarang celaan atau kutukan demi memartabatkan syariat Allah SWT di atas muka bumi ini.

Di atas dasar inilah golongan I’bad Ar-Rahman teramat berhati-hati dalam soal pembentukan keluarga dan soal bimbingan hidayah terhadap isteri dan zuriat-zuriat mereka sehingga ni’mat penenang hati dan jiwa ini dapat dikecapi oleh hamba-hamba Ar-Rahman di dunia yang hanya sementara ini apatah lagi kehidupan di akhirat yang kekal abadi.

Teruskan membaca…

  • Masukkan Email

    Sila masukkan email anda di sini untuk mendapat latest post dari saya:

     

  • Jom Bincang

  • Recent Posts

  • Archives

  • Pages

  • StatPress

    Visits today: 4
  • Categories

  • Calender

    September 2010
    M T W T F S S
    « May    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Referer Stat

  • Dari Mana Mereka


  • 3 visitors online now
    3 guests, 0 members
    Max visitors today: 5 at 03:44 am UTC
    This month: 7 at 09-03-2010 04:34 am UTC
    This year: 17 at 07-13-2010 08:07 pm UTC
    All time: 17 at 07-13-2010 08:07 pm UTC