KHINZIR = BABI
April 1st 2010 · Read More · No Comments
Terlebih dahulu, mohon maaf andai tajuk yang diutarakan pada kali kelihatan sedikit tidak sopan.Dalam kesempatan yang ada, penulis terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca mengenai khinzir atau turut dikenali sebagai babi ini.
Islam telah mengharamkan khinzir semenjak 1400 tahun yang lampau dan ini disebut secara jelas oleh Al-Quran di dalam Surah Al-Baqarah ayat 173, yang bermaksud :” Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah dan daging babi.” Berdasarkan ayat ini, umat Islam diharamkan memakan daging dan segala produk-produknya secara mutlak kecuali dalam keadaan darurat.
Khinzir merupakan pembawa virus yang berbahaya dan pernah dilaporkan pada tahun 1918 di mana jangkitan kuman virus influenza telah membunuh lebih kurang 20 juta manusia. Dr.Danial Zainal Abidin menulis di dalam bukunya Al-Quran Saintifik, telah menyebut bahawa daripada kajian yang dibuat telah membuktikan bahawa khinzir berupaya mengubah kuman-kuman virus yang menyerangnya menjadi lebih berbahaya dari masa ke semasa. Selain itu, virus daripada keluarga HIV juga dilaporkan wujud dalam khinzir, dibawa oleh DNAnya dan ia tidak dapat dipisahkan.
Kemampuan khinzir menerima pelbagai jenis virus dan mengubahnya kepada bentuk baru yang lebih berbahaya memang membimbangkan ramai pakar. Lahir pandangan daripada pakar mengatakan bahawa khinzir adalah takungan kepada virus daripada manusia dan burung.
Teruskan membaca…