March 7th 2010 · Read More · No Comments
“Mai..kenapa pakai seksi-seksi dan dedah aurat macam ni? Sebagai wanita Islam, kita wajib tutup aurat,”lembut nasihat seorang ibu kepada anak gadisnya.“Alah..ibu ni kolot betul. Ni kan fesyen terkini.Lagipun, suka hati Mai la, nak pakai seksi ke nak pakai apa, bukanke tidak ada paksaan dalam agama?” jawab si anak kasar.
Pasti tersentak jantung si ibu mendengar jawapan yang cukup biadab diucapkan oleh anak kesayangan. Di hati kecil, si ibu sedih kerana anak yang diasuh selama ini tega menderhaka dan engkar terhadap hukum Allah atas alasan tidak ada paksaan dalam agama.
Kerapkali mereka yang dangkal pemikirannya dan lemah pula imannya menggunakan dalil Surah Al-Baqarah ayat 256 tersebut sebagai satu hujjah membenarkan kejahatan dan kemaksiatan yang dilakukan.
Teruskan membaca…
March 7th 2010 · Read More · No Comments
IMAN vs KUFUR
Manusia diciptakan oleh Allah SWT dengan segala keistimewaan. Perkara paling berharga, kita dianugerahkan akal fikiran untuk menilai antara kebaikan dan kejahatan.. Keupayaan akal yang dimiliki sewajarnya menjadi sebab untuk kita terus beriman dan bersyukur atas nikmat iman dan Islam yang telah Allah kurniakan kepada kita.
Secara fitrahnya, semua dari kita mengakui keimanan kepada Allah dan telah kita lafazkan di alam rahim dulu. Namun, mengapa sesudah Allah berikan kita peluang untuk mengecap sedikit kehidupan di alam dunia, kita semakin jauh.kian jauh dan akhirnya terus melupakan terus Allah ?
Apakah kerana kita masih lagi tidak yakin dengan kekuasan dan kehebatan Allah? Tidak cukupkah kita perhatikan betapa uniknya penciptaan diri kita sendiri ? Meskipun Allah telah ciptakan berbillion-billion umat sejak dari zaman Nabi Adam a.s sehingga ke hari ini, namun Allah begitu hebat kerana tidak ada satu pun cap jari manusia yang sama. Tidakkah terasa kerdilnya diri melihat kehebatan Allah dalam mengawal dan mangatur urus perjalanan hidup makhluknya yang berjalan dengan begitu lancar , sesuai dengan sunnahNya? Betapa berkuasanya ALLAH kerana telah memberikan ilham kepada makhluk lebah untuk menciptakan sarang berbentuk heksagon yang sama sudutnya meskipun ia adalah hasil daripada berpuluh-puluh ribu ekor lebah?
Teruskan membaca…
March 6th 2010 · Read More · No Comments
MUFLIS VS UNTUNG
Terkadang, sebagai manusia kita hanya akan merasakan alangkah ruginya diri andai kita tidak berjaya memperoleh sesuatu nikmat yang diidamkan oleh nafsu dan kemahuan sendiri.Merasa satu kerugian yang maha besar sekiranya perniagaan yang diusahakan dengan jerit-perih selama ini jatuh menjunam, merasa rugi andai terpaksa menghabiskan sebahagian harta yang dikumpul semata-mata untuk diinfaqkan kepada jalan Allah , malah tidak kurang juga yang merasakan kerugian yang teramat besar sekiranya tidak dapat memiliki lelaki atau wanita yang diminati selama ini.
Namun, berapa ramaikah di antara kita merasakan dirinya di dalam kerugian yang maha besar andai diri tidak berjaya menyempurnakan ibadah solat yang difardhukan dengan sebaiknya?Berapa kerat di kalangan kita yang merasa rugi andai anak-anak yang diamanahkan oleh Allah tidak mampu dididik supaya menjadi anak yang soleh dan solehah?Berapa ramai pula di kalangan kita yang merasa muflis jika diri jauh tersasar dari landasan agama yang sebenar bahana kerakusan diri mengejar kenikmatan dunia yang fana? Lupakah kita pada amaran Allah agar kita tidak terleka dengan kenikmatan dunia daripada mengingatiNya :
Teruskan membaca…